SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS : BELAJAR DAN BERUSAHA
PEMAKLUMAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 (WARGANEGARA MALAYSIA) BAGI KALENDAR AKADEMIK 2027
Kemasukan murid Tahun 1 Warganegara Malaysia bagi Kalendar Akademik 2027 adalah melibatkan kanak-kanak yang lahir:
Kohort 6 tahun (5+) : 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022
Kohort 7 tahun (6+) : 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021
Semua permohonan adalah secara online di pautan https://idme.moe.gov.my/ mulai:
Pendaftaran Biasa : 15 Febuari 2026 hingga 30 Mac 2026
Pendaftaran Lewat ( online ) : 1 April 2026 hingga 15 November 2026
Semakan, pengesahan (wajib dibuat oleh ibubapa), dan rayuan boleh dilakukan mulai 1 hingga 30 Ogos 2026, manakala pengesahan dan keputusan rayuan akan diumumkan pada 1 hingga 31 Oktober 2026.
Kelulusan penempatan adalah berdasarkan kekosongan tempat di sekolah yang dipilih. Bagi permohonan ke sekolah yang sudah penuh, penempatan akan dibuat ke sekolah berdekatan yang ada kekosongan.
Terima kasih...