Search this site
Embedded Files
POEJANGGA PRESS
  • Laman Utama
  • Tentang Kami
    • Objektif, Visi Dan Misi
  • Buku Terbitan
    • Sinopsis
  • Lokasi Kedai Kopi
  • Hubungi Kami
POEJANGGA PRESS
  • Laman Utama
  • Tentang Kami
    • Objektif, Visi Dan Misi
  • Buku Terbitan
    • Sinopsis
  • Lokasi Kedai Kopi
  • Hubungi Kami
  • More
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
      • Objektif, Visi Dan Misi
    • Buku Terbitan
      • Sinopsis
    • Lokasi Kedai Kopi
    • Hubungi Kami

homage snippets

Have you ever wondered what the soul might consist of? Dive into the journey that seeks to articulate the Coffee Community in Brunei by means of nuances, space, dimension, sense and taste.

syair terakhir

Seorang detektif telah ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan yang melibatkan seorang pujangga terkenal. Pujangga tersebut ditemui tergeletak seorang diri di rumah agam miliknya. Rebah sendiri di sisi meja pejabat peribadinya dengan mata terbeliak, pecahan gelas kaca berselerak, menggenggam pena di sebelah kanan tangan dan pergelangan tangan kirinya pula berlumuran darah.

Pada malam pembunuhannya, banyak peristiwa yang berlaku. Antaranya ialah kehilangan Elona Arabelle yang merupakan kekasih hati pujangga tersebut. Encik Zabidi Lanang yang merupakan pengarah teater sekaligus kawan baik pujangga tersebut menyatakan bahawa mereka berdua telah mengalami perbalahan kecil ketika menghadiri pementasannya pada malam kejadian itu.

Misteri pembunuhannya yang berlaku secara tiba-tiba telah mencetuskan banyak spekulasi dan tanda tanya. Pada awalnya, punca kematian diduga kerana bunuh diri. Namun, setelah diperiksa oleh pihak polis, syair terakhir yang ditulis oleh pujangga tersebut ternyata memiliki pesan yang perlu dirungkai.

Siapakah dalang di sebalik pembunuhan pujangga masyhur ini dan apakah motif pembunuhannya? Kenapa Elona Arabelle menghilangkan diri pada malam kejadian? Apakah maksud syair terakhir si pujangga? Akankah detektif mampu merungkai kes ini? Semuanya akan terjawab di hujung novelet ini.


kitab si perindu tuhan

Kitab yang berada di tangan anda sekarang ini; merupakan bancuhan dari pelbagai rasa dan suasana yang pada akhirnya terhidang dalam sebuah bekas bernama ‘rindu’. Sudah semestinya, rindu kepada Tuhan.


Tidak dinafikan, setiap daripada kita hakikatnya merasa rindu dengan Allah Ta’ala. Apatah lagi, saat tersedar daripada segala kesibukan dunia yang tidak habis-habisnya. Kita merasa serik dengan segala tingkah-laku manusia yang sungguh menyebalkan. Saat kita sakit, kecewa dan sedih, kita pun mula merasakan kekosongan. Seperti ada sesuatu yang kita inginkan. Maka, pada saat itu, yang kita dambakan hanyalah untuk duduk bersama Tuhan.

Bersunyi-sunyi dan bersendirian dengan Allah Ta’ala. 


Pada setiap puisi yang dimuatkan, anda akan mendapati rasa dan suasana yang tersendiri. Ini kerana setiap puisi itu ditulis berdasarkan rasa dan suasana yang benar-benar dialami sendiri oleh penulis. Mudahnya, setiap puisi yang termuat mempunyai misteri yang tersendiri untuk dirungkai kerana setiap tempat dan peristiwa mempunyai kesan yang berbeza terhadap jiwa  penulis. 


Bagi hamba yang benar-benar rindu untuk berjumpa dengan Allah, dia tidak lagi takut untuk menghadapi kematian. Baginya, kematian adalah hari raya bagi dirinya. Pada saat itu, dia akan berjumpa dengan Kekasih Abadi yang selama ini dirinduinya iaitu Allah dan RasulNya.


Nah, inilah mesej besar yang cuba digarap oleh penulis dalam buku ini. Hakikat bahawa akhir bagi seluruh kehidupan ini, apa yang diharapkan adalah untuk berjumpa dengan Allah Ta’ala dan memandang wajahNya di syurga kelak.


Inilah kerinduan yang sejati bagi si hamba.


teori tentang hati

Aku bukanlah seperti Al-Khwarizmi dengan teori Algebra nya, Bukan juga seperti Albert Einstein dengan teori Relatif nya. Cuma manusia biasa yang inginkan ketenangan hati Berkelana dalam misi, Misi mengenali hati sendiri Lalu kutuliskan menjadi sebuah teori.

Teori tentang hati.


POEJANGGA PRESS 2023 © All rights reserved.
Google Sites
Report abuse
Page details
Page updated
Google Sites
Report abuse