Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama kali Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang UKM ingin mengumpul data dan maklumat daripada mahasiswa anak negeri Pulau Pinang di UKM bagi memudahkan urusan perhubungan dengan waris pelajar sekiranya berlaku kecemasan.
Oleh itu, pelajar diminta untuk memberi kerjasama untuk mengisi Google Form yang telah disediakan ini. Segala data dan maklumat anda adalah sulit.
Sekian,
Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang UKM