Memaparkan Segala Maklumat Terkini Daripada PMPPUKM & UKM.
[TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2020/2021]
‼️AMBIL PERHATIAN‼️
Pendaftaran kursus bagi semester 2 sesi 2020/2021 boleh dibuat mulai 22 Mac 2021 (Isnin)
🪄Pendaftaran kursus boleh dibuat melalui:
http://smp.ukm.my/smpweb
🪄Bagi pelajar lama yang tidak membuat pendaftaran awal atau menggantung pendaftaran pada semester lepas, anda dikehendaki untuk membayar denda sebanyak RM50 kepada Unit Kewangan Pelajar sebelum boleh mula melakukan pendaftaran.
‼️SETIAP PELAJAR ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK‼️
✨Mendaftar, menyemak dan mengesahkan semua kursus yang telah didaftarkan
✨Membuat semakan baki jam kredit yang tinggal bagi setiap citra
⭐Jika mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila emelkan kepada smpweb@ukm.edu.my atau akad@ukm.edu.my.
Sekian, Terima Kasih✨🔖
EXCO AKADEMIK
PERSATUAN MAHASISWA PULAU PINANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2020/2021
⭐Assalamualaikum dan Salam Sejahtera⭐
Selamat Menempuh Semester Baharu buat semua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga mahasiswa/i lebih bersemangat dan sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk kejayaan dan kecemerlangan dalam semester baharu ini
Sebagai seorang mahasiswa/i, kita mestilah menetapkan niat yang betul untuk belajar serta terus berusaha bagi meningkatkan lagi prestasi dari semasa ke semasa. Teruskan perjuangan anda untuk menuntut ilmu meskipun kita masih berada dalam situasi pembelajaran norma baharu disebabkan oleh pandemik covid-19.
“SELAMAT MAJU JAYA & ALL THE BEST”
Ikhlas Daripada:
PIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA PULAU PINANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2020/2021