Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang UKM atau lebih dikenali dengan PMPPUKM merupakan satu platform yang mengumpulkan semua mahasiswa yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
PMPPUKM juga merupakan persatuan anak negeri yang didaftarkan dibawah HEP UKM dan antara persatuan anak negeri yang aktif dengan pelbagai aktiviti.
Terdapat banyak manfaat menjadi sebahagian daripada keluarga PMPPUKM. Antaranya setiap ahli berperluang menyertai dan mengendalikan program-program anjuran PMPPUKM disamping dapat mengeratkan hubungan antara semua anak Penang yang melanjutkan pelajaran di UKM.
Program-program anjuran PMPPUKM lebih tertumpu kepada memberi impak kepada masyarakat di negeri Pulau Pinang itu sendiri tidak kira sama ada kepada pelajar sekolah atau masyarakat. Aktiviti-aktiviti riadah & family day juga dianjurkan untuk tujuan mengeratkan hubungan antara keluarga PMPPUKM.
Malah kebajikan setiap ahli juga turut dititikberatkan secara tidak langsung.
Sekian,
Persatuan Mahasiswa Pulau Pinang UKM
VISI
Menjadi Platform Utama Kepada Mahasiswa Pulau Pinang UKM & Melahirkan Lebih Ramai Pemimpin Anak Pulau Pinang.
MISI
Memberi Manfaat Kepada Negeri Pulau Pinang Melalui Anjuran Program-Program Kepada Masyarakat Pulau Pinang.
OBJEKTIF
Menjaga Kebajikan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Secara Tidak Langsung.