SISTEM PENDAFTARAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH
Pengelola yang dilantik didaftar di bawah seksyen 88 – instrumen pendaftaran di bawah P.U.(A)534/97.
Menjalankan kuasa dan tanggungjawab mengikut suratcara pengelolaan yang diluluskan.
“orang yang diberikan kuasa di bawah suratcara pengelolaan untuk mentadbirkan atau menguruskan suatu institusi pendidikan”.
Suratcara Pengelolaan diwajibkan untuk diadakan bagi semua institusi pendidikan kecuali institusi pendidikan kerajaan dan mana-mana institusi pendidikan yang dikecualikan oleh Menteri, sebagaimana dinyatakan pada seksyen 53.
Suratcara Pengelolaan mengandungi tatacara urus institusi pendidikan yang mesti dipatuhi oleh pengelolanya.
Suratcara Pengelolaan merupakan “perlembagaan” sesebuah institusi pendidikan yang akan menentukan peraturan-peraturan dalaman bagi pengurusan sesuatu institusi pendidikan. Di dalamnya mengandungi kaedah pelantikan ahli Lembaga Pengelola, pengurusan institusi pendidikan, pelantikan guru dan pekerja serta kuasa-kuasa Lembaga Pengelola.
Keperluan undang-undang
Menentukan fungsi dan tanggungjawab
Bidang kuasa pihak berkepentingan
Persetujuan semua pihak
Penyaluran bantuan dan sumbangan
Kepentingan semua pihak terpelihara
SBK diwajibkan menubuhkan Lembaga Pengelola di bawah seksyen 53, dan melantik seorang Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengelola.
Bilangan sekurang-kurangnya 9 orang termasuk Pengerusi (dalam angka ganjil).
Instrumen pendaftaran adalah P.U.(A) 534/97.
Kuasa Menteri membubar Lembaga Pengelola di bawah seksyen 59.
Tidak lebih 3 orang wakil pemegang amanah
Tidak lebih 3 orang wakil penyokong
Tidak lebih 3 orang wakil ibu bapa murid / Ahli PIBGTidak lebih 3 orang wakil Kumpulan Bekas Pelajar / Murid Tua / Alumni. (Jika Persatuan ini belum ditubuhkan, Lembaga Sekolah berhak untuk mencalonkan tiga orang ahli daripada bekas murid sekolah ini.)
Tidak lebih 3 orang wakil
Kakitangan sekolah, Guru, Pegawai KPM, dan Pihak Berkepentingan pada Sekolah
Melaksanakan Tanggungjawab Seperti Pada Suratcara Pengelolaan Yang Diluluskan
Mendapatkan Dana Untuk Meningkatkan Kemudahan Fizikal Dan Kemudahan Pendidikan
Mengurus Pembangunan dan Fizikal Premis Institusi Pendidikan
Menjalin Pemuafakatan Untuk Meningkatkan Kualiti Dan Akses Pendidikan
Mendaftarkan Ahli Lembaga Pengelola (Permit / Perakuan Pendaftaran).
Melaksanakan tugas mengikut tempoh (contoh, 3 tahun – dilantik semula).
Mengadakan dan menghadiri mesyuarat setiap penggal.
Mengikuti peraturan dalam mengurus mesyuarat.
Mengekalkan identiti institusi pendidikan yang diurus.
Mematuhi segala peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Pendidikan.
Menyediakan kemudahan fizikal dan melengkapkan kemudahan pendidikan.
Mendapatkan dana untuk tujuan pembangunan, penyenggaraan dan penyelenggaraan sekolah.
Meningkatkan imej sekolah.
Mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat setempat.
Mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pendaftar untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar untuk mengubah atau menambah premis pendidikan.
Memanggil Mesyuarat Mengikut Peraturan
Hadir Mesyuarat Tetapi Tiada Hak Mengundi
Setiausaha Lembaga Pengelola
Mengurus dan mengawal selia staf atau guru lantikan lembaga pengelola
Nama dan alamat
Organisasi
Wakil Kumpulan, bilangan keahlian dan kelayakan
Pemilihan AJK (Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari)
Setiausaha (guru Besar / Pengetua)
Kumpulan Penyokong
Tempoh Perjawatan
Pemberhentian keahlian
Perletakan jawatan
Tanggungjawab Pengurusan (AJK)
Korum (5 Orang)
Pengerusi
Keputusan secara undi
Sidang mesyuarat sekurang-kuarang sekali dalam sepenggal
Notis dan minit mesyuarat
Tatacara prosiding
Empat Orang Pemegang Amanah berumur 21 Tahun ke atas
Tanggungjawab Pemegang Amanah
Pelucutan Pemegang Amanah
Lawatan ke Sekolah Oleh Pemegang Amanah Sekurang-Kurang Sekali dalam 4 Bulan Memeriksa Harta Sekolah
Kewangan
Pemeriksa Akaun (bukan dari kalangan AJK LPS)
Melantik Penasihat / Penaung (Jika Perlu)
Tafsiran Suratcara
Perubahan atau Pindahan kepada Suratcara
Berumur tidak kurang 21 tahun
Warganegara Malaysia
Dipilih dalam Mesyuarat Kumpulan Kecuali Wakil Menteri
Bebas daripada tuduhan / kesalahan jenayah
Bebas daripada penyalahgunaan dadah
Menunjukkan minat tinggi membangunkan pendidikan
a)Borang permohonan (Borang b Jadual Pertama – P.U (A) 534/98
b)Salinan kad pengenalan pemohon
c)Minit mesyuarat LPS
d)Suratcara pengelolaan
e)Surat iringan pihak sekolah
f)Lampiran i, ii, dan iii
Minit mesyuarat terlalu singkat
Lampiran I,II,III tiada atau tidak lengkap
Tempoh ahli lembaga tak sebut
Kad Pengenalan tak jelas
Nama Salah, tak ikut kad pengenalan
Guru Besar bukan ahli LPS, hanya sebagai setiausaha
Pemeriksa akaun bukan ahli
Bilangan ahli tidaK mencapai minimum 9 orang
Pengelola yang hendak dilantik di sesebuah institusi pendidikan perlu didaftar terlebih dahulu sebagaimana mengikut seksyen 88, Akta 550. Pelantikan pengelola adalah dikhususkan kepada IPS, institusi pendidikan bantuan kerajaan atau mana-mana institusi pendidikan yang ditentukan oleh Menteri.
Setiap Lembaga Pengelola perlu melantik seorang Pengerusi dan nama Pengerusi akan tertera pada Perakuan Pendaftaran institusi pendidikan yang dikeluarkan mengikut seksyen 82, Akta 550.
Pengerusi dipilih/dilantik daripada kalangan Pengelola yang didaftarkan mengikut seksyen 88, Akta 550.
Sekolah-sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta diwajibkan menubuhkan Lembaga Pengelola di bawah seksyen 53, dan melantik seorang Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengelola.
Bilangan hendaklah sekurang-kurangnya 9 orang termasuk Pengerusi [peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Institusi Pendidikan (Suratcara Pengurusan atau Pengelolaan) 1963 (Pindaan) 1966].
Instrumen pendaftaran adalah P.U.(A) 534/97.