PENGURUSAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
Kategori institusi pendidikan
Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu-
Institusi pendidikan kerajaan
Institusi pendidikan bantuan kerajaan
Institusi pendidikan swasta
INSTITUSI PENDIDIKAN BANTUAN KERAJAAN
- Institusi pendidikan yang menerima sumbangan / bantuan modal dari kerajaan
- Mesti mempunyai suratcara pengelolaan yang diluluskan di bawah seksyen 53, Akta 550.
- Diwujudkan Lembaga Pengelola dan ahlinya didaftar dibawah seksyen 88, Akta 550.
- Lembaga Pengelola bertanggungjawab kepada pembangunan premis dan penyelenggaraannya
- Kerajaan bertanggungjawab menyediakan pengurusan, tenaga pengajar, staf, bantuan / sumbangan modal dan bantuan pendidikan untuk murid-murid
APAKAH MAKSUD SUMBANGAN/BANTUAN MODAL
- Kerajaan boleh memberikan geran sumbangan bantuan separuh atau penuh
- Kerajaan boleh memberikan geran modal pembangunan fizikal dalam saiz yang ‘workable’
- Sumbangan bantuan dan modal adalah menggunakan kewangan yang diluluskan oleh Parlimen, dan Menteri Pendidikan menggunakan kuasa di bawah untuk perbelanjaan seksyen 124 dan kepada Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan (IPBK ).