PENYELARAS PLC 2025
SK SENDAYAN
" Tidak ada yang tidak mungkin di dunia ini. Apa yang kamu inginkan pasti bisa kamu dapatkan asal sabar, usaha, dan ikhlas dalam doa."
PENGENALAN PLC SKS 2025
PLC ditakrifkan sebagai sekolah di mana profesional (pentadbiran dan guru) terus mencari dan berkongsi pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan mereka untuk pelajar, dan bertindak atas apa yang mereka pelajari
GURU-GURU SEK KEB SENDAYAN
SEPAKAT KE SASARAN
APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.
PRINSIP ARAS PLC
· memastikan pembelajaran murid
· budaya kolaborasi
· fokus kepada pencapaian
ENAM DIMENSI PLC
· Kongsi kepimpinan
· kongsi nilai dan visi
· pembelajaran kolektif dan aplikasi
· kongsi amalan peribadi
· struktur
· hubungan
Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid.
Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan.
Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan.
Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu.
Apakah kekangan guru dalam membuat PLC?
1. Tidak cukup masa.
2. Kurang ilmu dan pendedahan.
3. Belum bersedia untuk bersifat terbuka.
4. Sukar melihat impak
Bagaimanakah cara mengatasi kekangan ini?
1. Rancang dengan betul. Hadkan masa kepada perkara penting sahaja. Setiap sesi boleh disusuli secara offsite dengan memperkasa online PLC (Google Classroom, Skype, Telegram Group, Google Photos) .
2. Sentiasa merujuk kepada group-group Telegram seperti Mudah Mengajar. Di sana anda boleh berbincang tentang PLC.
3. Sentiasa memberikan komen positif terhadap semua perkongsian guru. Boleh juga merangsang semangat guru dengan mengadakan kuiz pada setiap kali sesi, pertandingan perkongsian terbaik dan sebagainya. Apabila memberikan sesuatu pendapat atau komen, jauhkan sama sekali daripada memberi komen terhadap ciri-ciri guru dan gayanya tetapi fokus lebih kepada bagaimana murid boleh belajar dengan baik dan apakah langkah-langkah atau cara lain yang boleh diterokai untuk menambahbaik mutu PdPc tersebut.
4. Cara dan dokumentasikan setiap sesi PLC. Kemudian buat rententan BEFORE & AFTER. Dengan itu guru dapat melihat impak. Jangan lupa untuk membuat ujian pre dan post menggunakan aplikasi Google Forms.
Tugas Guru Selepas PLC dijalankan
Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.