SEMOGA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA KITA SEMUA...
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada
· ,Menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
· Membina hubungan yang berkualiti
· Mempunyai program yang sangat berfokus
· Menggerakkan sumber-sumber sedia ada
· Berkongsi kepimpinan
Ada 4 jenis aktiviti PLC yang digalakkan. Antaranya ialah:
Lesson Study
Peer Coaching
Learning Walk
Teacher Sharing Sessions
Teacher Sharing Session
Guru bebas membuat apa-apa sahaja perkongsian ilmu berkaitan PdPc dan berlaku secara bergilir-gilir setiap sesi.
sila tekan link diatas untuk menambahkan lagi pemahaman kita
Disini saya kongsikan video berkaitan dengan strategi Teacher Sharing.
Learning Walk
Guru-guru menjelajah dari satu kelas ke satu kelas, membuat pemerhatian serta membuat catatan dengan fokus dan instrumen tertentu.
Lesson Study
Guru-guru berkolaboratif mencari isu/masalah serta langkah penambahbaikan dalam sesuatu pdpc dan kemudian menjalankan pelan tindakan, membuat perancangan, tindakan dan tindak susul.
Peer Coaching
Guru bantu membantu dalam membuat persediaan, pemerhatian dan komen penambahbaikan serta bertukar pendapat tentang langkah penambahbaikan dalam pdpc antara satu sama lain.