• Tumbuhan menyerap air yang disiram melalui penyerapan.

      • Penyerapan ialah proses resapan air tanah oleh akar melalui proses yang dikenali sebagai osmosis.

      • Osmosis ialah resapan molekul air daripada larutan berkepekatan rendah ke larutan berkepekatan tinggi merentasi membran separa telap

      • Molekul air bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid dan liang membran secara osmosis sehingga suatu keseimbangan dinamik dicapai

      • Perpindahan air secara osmosis dari sel sel pada akar akan menimbulkan tekanan yang dikenali sebagai tekanan akar.

      • Sel akar tumbuhan yang menyerap air dan nutrien dari tanah secara proses osmiosis melalui sel membran

      • Sel membran ini adalah bersifat separa telap yang boleh dilalui oleh molekut pelarut sahaja.

      • Larutan tersebut kemudiannya dibawa kebahagia bahagian lain tumbuhan khususnya daun melalui xilem secara proses osmosis

      • Kadar penyerapan air dipengaruhi oleh kedapatan air dalam tanah,udara dalam tanah, kepekatan larutan tanah dan kadar transpirasi