Respirasi merupakan proses penguraian glukosa menjadi air dan karbon dioksida yang diperlukan untuk proses fotosintesis.
Titik keseimbangan adalah aras keamataan cahaya iaitu apabila kadar penghasilan karbon dioksida dalam respirasi sama dengan kadar penggunanaan karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Glukosa yang terhasil daripasa proses fotosintesis menggantinkan glukosa yang dioksidakan dalam proses respisasi
kadar fotosintesis mestilah melebihi kadar respirasi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan serta penghasilan bunga, biji benih dan buah. keadaan ini membolehkan kadar penghasilan glukosa melebihi kadar penggunaan glukosa.
Sumber : Nur lylia Channel ( https://youtu.be/EzuzEdLvOVg )
Proses penyerapan, translokasi dan transpirasi yang berlaku pada tumbuhan sangat penting untuk melancarkan proses fotosintesis.
Penyerapan = semakin banyak air dan garam mineral yang diserap ,semakin tinggi kadar fotosintesisi berlaku
Translokasi = peningkatan kadar glukosa di dalam floem akan meningkatkan tekanan kepada osmosis daun sehingga hasil fotosintesis boleh diangkut ke bahagian lain tumbuhan
Transpirasi = proses transpirasi iaitu kehilangan air dari permukaan daun akan menyebabkan kadar penyerapan karbon dioksida dari atmosfera meningkat disebabkan ruang vakum di daun bertambah.
Perkaitan proses fotosintesis dengan proses penyerapan, translokasi dan transpirasi
Sumber : Buku Teks Pertanian Tingkatan 5