26/03/2025 : Taklimat Pengurusan & Pengoperasian Program PLaN Daerah Pontian Tahun 2025 @ PPD Pontian | 08.30 pagi
Kem Perkasa PLaN (K2P) ialah aktiviti bawah inisiatif #24.
Kem ini melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
K2P ialah usaha berterusan untuk memastikan murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi setelah 3 tahun berada di peringkat sekolah rendah.
K2P melaksanakan intervensi untuk meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) kemahiran BM, BI dan MT murid Tahun 4 melalui kerjasama komuniti luar bilik darjah.
K2P mula dilaksanakan pada tahun 2023 dan peruntukan diturunkan kepada sekolah-sekolah yang terpilih. Tiada sekolah dalam daerah Pontian yang terlibat. Namun begitu, sekiranya Warga PLaN Daerah Pontian ingin menggunakan Modul Perkasa PLaN ini untuk pelaksanaan PLaN di sekolah, amat dialu-alukan.
Sekiranya Warga PLaN ingin membuat aktiviti PLaN di luar bilik darjah, boleh rujuk/guna Modul Perkasa PLaN.
Modul Perkara PLaN mengandungi 3 Submodul :
Matematik - SaSuMa
Bahasa Melayu - ILHAM (Ilmu Literasi Harapan Anak Mutiara)
Bahasa Inggeris - English Smart Assist Module
Dikongsikan Manual dan Modul Perkasa PLaN untuk rujukan semua Warga PLaN Daerah Pontian.