26/03/2025 : Taklimat Pengurusan & Pengoperasian Program PLaN Daerah Pontian Tahun 2025 @ PPD Pontian | 08.30 pagi
Sila KLIK gambar di atas untuk ke pautan Buku Panduan Kepimpinan PLaN drive.google.com/file/d/1AEKIcVG5sTAOrR2vI2wumeL0lriZ9V2r/view?usp=sharing
Bimbingan Pengurusan Instruksional PLaN
Fokus Bimbingan Pengurusan Instruksional PLaN ialah barisan Guru-guru Besar Sekolah-sekolah PLaN
Senarai Aktiviti dan Program Pengurusan Instruksional PLaN |2024
BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN PROGRAM PLaN FOKUS PENGURUSAN INSTRUKSIONAL DAN PENYELIAAN KLINIKAL KEPADA GURU-GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAERAH PONTIAN | 14 November 2024 @ Kolej Tingkatan 6 (Prauniversiti) Pontian
BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN PROGRAM PLaN FOKUS PENGURUSAN INSTRUKSIONAL DAN PENYELIAAN KLINIKAL KEPADA GURU-GURU BESAR MENGIKUT ZON
Zon Kukup | 09 Oktober 2024 @ SK Sg Durian
Zon Benut | 13 Oktober 2024 @ SK Benut
Zon Pekan Nanas | 21 Oktober 2024 @ SK Batu 24
Zon Bandar | 23 Oktober 2024 @ SK Kayu Ara Pasong
Senarai Aktiviti dan Program Pengurusan Instruksional PLaN |2023
BENGKEL LIBAT URUS PLaN TAHUN 2023 SECARA DALAM TALIAN (SEKOLAH KEUTAMAAN PLaN)
Senarai Aktiviti dan Program Pengurusan Instruksional PLaN |2022
ePEMBELAJARAN JERAYAWARA LITERASI DAN NUMERASI (PLaN) | 28 Mac hingga 01 April 2022
BICARA TULUS & TELUS PLaN DAERAH PONTIAN SIRI 1/2022 : Penetapan KPI dan Intervensi Program PLaN Tahun 2022 | 21 April 2022 @ PKG Bandar
BICARA TULUS & TELUS PLaN DAERAH PONTIAN SIRI 2/2022 : Audit Prestasi Program PLaN di Sekolah Tahun 2022 | 08 November 2022 @ PKG Bandar
BICARA TULUS & TELUS PLaN DAERAH PONTIAN SIRI 2/2022 : Audit Prestasi Program PLaN di Sekolah Tahun 2022
Tarikh :08 November 2022
Tempat : PKG Bandar Pontian
Peserta : Guru Besar dan GPK Pentadbiran
Sekolah-Sekolah Rintis PLaN
Fasilitator : SIP+
PENGENALAN
Bagi memastikan sekolah dapat mengurus isu literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahap 1, 1 daripada enam strategi intervensi PLaN (penambahbaikan pengurusan instruksional) dibimbing. Bicara Tulus dan Telus PLaN Siri 2 ini dilaksanakan untuk membentangkan prestasi semasa PBD sekolah PLaN dan memastikan gerak kerja dan intervensi PLaN di sekolah berada dalam landasan yang betul dan tepat. Sekali lagi program ini menekankan 'tagline' ; sekiranya Program PLaN dilaksanakan dengan tulus di sekolah, pencapaian yang telus akan diperolehi.
MATLAMAT
Memastikan prestasi semasa PBD, gerak kerja dan intervensi sekolah PLaN bergerak ke arah mencapai ETR yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Memperkasa kemahiran kepimpinan instruksional sekolah dalam mengupaya barisan MLT dan panitia BM,BI dan Matematik untuk memastikan sekolah mencapai ETR yang telah ditetapkan untuk program PLaN.
Memastikan intervensi yang dilaksanakan berimpak untuk mengatasi isu literasi dan numerasi di sekolah.
Memperkukuhkan kefungsian pengurusan instruksional guru besar dan SLT dalam penentuan hala tuju program PLaN di sekolah masing-masing.
Memurnikan penetapan KPI/ETR sekolah sekiranya telah mencapai ETR asal.
Menambahbaik intervensi yang telah dilaksanakan sekiranya isu literasi dan numerasi masih tidak dapat diatasi.
BICARA TULUS & TELUS PLaN DAERAH PONTIAN SIRI 1/2022 : Penetapan KPI dan Intervensi Program PLaN Tahun 2022
Tarikh : 21 April 2022
Tempat : PKG Bandar Pontian
Peserta : Guru Besar dan GPK Pentadbiran
Sekolah-Sekolah Rintis PLaN
Fasilitator : SIP+
PENGENALAN
Bagi memastikan sekolah dapat mengurus isu literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahap 1, dua daripada enam strategi intervensi PLaN (penambahbaikan pengurusan instruksional dan Improvement-based target) dibimbing dalam Bicara Tulus dan Telus PLaN Siri 1 ini dengan harapan KPI dan intervensi yang tepat dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rintis di peringkat daerah Pontian. Sekiranya Program PLaN dilaksanakan dengan tulus di sekolah, pencapaian yang telus akan diperolehi.
MATLAMAT
Memastikan sekolah dapat menentukan KPI dengan yakin dan boleh dicapai melalui intervensi yang bertepatan dengan isu yang telah dikenalpasti.
OBJEKTIF
Memperkasa kemahiran sekolah dalam menentukan KPI dan intervensi yang tepat dan berimpak untuk mengatasi isu literasi dan numerasi di sekolah.
Memperkukuhkan kefungsian pengurusan instruksional guru besar dan SLT dalam penentuan hala tuju program PLaN di sekolah masing-masing.
ePembelajaran Jerayawara Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
NEGERI JOHOR
Tarikh : 28 Mac hingga 01 April 2022
Tempat : secara dalam talian menggunakan platform ePembelajaran)
Pautan ePembelajaran : http://cpd.iab.edu.my