PERANAN SEKOLAH
PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
Menurut Glickman et al. (2005), pencerapan adalah fungsi yang saling melengkapi yang mesti dilaksanakan oleh pemimpin sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berkesan. Proses pencerapan yang dilaksanakan oleh guru besar bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan dalam pengajaran guru, tetapi merupakan satu proses bagi membangunkan potensi pengajaran guru. Antara lain tujuan guru besar membuat pencerapan adalah seperti berikut:
• melihat sejauh mana proses pengajaran itu memberi impak positif kepada penerimaan murid
• melihat bagaimana hasil yang diperolehi di akhir pengajaran
• melihat apa yang berlaku dalam kelas
• pemahaman murid kepada kandungan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru
• memerhati alat bantu mengajar yang digunakan bersesuaian atau tidak
• melihat sejauh mana kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru itu berkesan atau sebaliknya.
PENYELIAAN KLINIKAL
Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) yang memberi idea bahawa pengajaran guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui kegiatan-kegiatan terancang, iaitu dirancang khusus untuk “merawat” kelemahan-kelemahan dalam pengajaran guru yang telah dikenalpasti setelah mereka diperhatikan semasa menjalankan pengajaran mereka. Ia boleh dikatakan sebagai proses pembetulan.
Fokus penyeliaan klinikal adalah kepada teknik pengajaran dan tidak secara langsung kepada pengurusan sekolah. Titik permulaan proses adalah data yang konkrit yang didapati melalui pemerhatian semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran dan bukannya teori tentang apa yang sepatutnya dijalankan (IAB, 2020: 17). Cogan (1973) mendefinisikan pencerapan klinikal sebagai: ‘Clinical supervision is focused upon the improvement of the teacher’s classroom instruction. It is defined as the rationale and practice designed to improve the teacher’s classroom performance. It takes principal data from the events of the classroom. The analysis of these data and the relationship between the teacher and the supervisor form the basis of the program, procedures and strategies designed to improve the student’s learning by improving the teacher’s classroom behavior.’
PENYELIAAN KLINIKAL 5 LANGKAH
KELEBIHAN PELAKSANAAN PENYELIAAN KLINIKAL 5 LANGKAH
1. Penyelia dan guru membina kepercayaan, rasa hormat dan melaksanakan amalan bertukar kepakaran untuk kebaikan bersama (trust, respect and reciprocity)
2. Guru diberi kuasa menentukan perkara yang akan diselia dan direkod
3. Guru diberi kuasa menentukan keputusan yang memberi kesan kepada pengajarannya
4. Proses penyeliaan klinikal berterusan untuk satu tempoh waktu
5. Penyelia dan guru bersama-sama mengamalkan budaya refleksi
~ PLaN PPD KOTA TINGGI ~