PENGENALAN PLaN
PLaN adalah akronim kepada Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah atau Primary Literacy and Numeracy Program. PLaN adalah program sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan Tahun 3.
Program PLaN diperkenalkan mulai bulan Mac tahun 2019 bagi menggantikan program LINUS 2.0 [Program di bawah Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 – 2025] yang telah dimansuhkan pelaksanaannya pada tahun 2018.
MANDAT PLaN
• Surat Siaran KPM Bil. 14/2018 bertarikh 19 Disember 2018 berkaitan Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap I (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2019. Turut dilampirkan adalah Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
• Hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional Bilangan 1/2019 bersetuju untuk melaksanakan PLaN di sekolah terpilih berdasarkan syor Kajian 2018 yang dipengerusikan oleh KPPM bertarikh 5 Mac 2019. Mulai tahun 2020, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) dimulai dengan 800 sekolah di seluruh negara yang telah dikenal pasti.
• Surat Makluman mengenai Pelaksanaan PLaN mulai Tahun 2020 bertarikh 05 Mac 2020. KP(BPK)700-2/2/1 Jld.2 (56)
• Surat Makluman Peluasan Program Literasi dan Numerasi bagi tahun 2020 bertarikh 23 Disember 2021. KP(BPK)700-2/2/1 Jld.6 (54)
OBJEKTIF DAN FOKUS PLaN
PERANAN PIBKS
~ PLaN PPD KOTA TINGGI ~