Penafian: Semua maklumat di laman sesawang ini adalah termaktub kepada perubahan dari semasa ke semasa.
FAQ 1: Siapakah yang layak menyertai PharmSports 3.0?
Penyertaan terbuka kepada Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi dari fasiliti kerajaan dan swasta.
Semua penyertaan hendaklah dibuat melalui kontinjen tempat bertugas masing-masing.
FAQ 2 : Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk pendaftaran?
Setiap peserta perlu:
Melampirkan bukti perkhidmatan seperti slip gaji atau dokumen rasmi
Mengisi Borang Deklarasi Kesihatan melalui pautan yang disediakan
Dokumen ini perlu dikemukakan kepada penyelaras negeri bagi tujuan pendaftaran.
FAQ 3: Adakah saiz baju boleh ditukar selepas tempahan dibuat atau selepas menerima baju?
Tidak Boleh. Semua saiz yang dipilih semasa tempahan adalah muktamad. Peserta dinasihatkan untuk merujuk carta saiz dengan teliti sebelum membuat tempahan.
FAQ 4: Bilakah tarikh tutup penyertaan?
15 Ogos 2025. Semua maklumat dan dokumen lengkap hendaklah dihantar ke urusetia melalui penyelaras negeri selewat-lewatnya pada Tarikh tersebut.
FAQ 5: Adakah pembelian jersi wajib?
Ya, pembelian jersi adalah WAJIB bagi semua atlet yang bertanding dan kos ini adalah termasuk dalam yuran pendaftaran peserta. Pengurus pasukan, pegawai pengiring, dan individu bukan atlet yang berminat juga dibenarkan membuat tempahan.
FAQ 6: Bilakah tarikh pengambilan jersi?
Baju akan diedarkan kepada wakil penyelaras negeri masing-masing pada 3 Oktober 2025 di Akademik Sukan UPM.
FAQ 7: Berapakah yuran pendaftaran?
Yuran pendaftaran untuk individu adalah RM100. Yuran ini termasuk bayaran baju, kos penyertaan, segala bahan dan perbelanjaan sepanjang pertandingan.
FAQ 8: Bolehkah seseorang berdaftar dalam dua acara sukan yang berbeza?
Penyertaan acara tambahan hanya dibenarkan untuk acara olahraga sahaja dengan yuran “combo” RM150. Walaubagaimanapun, bagi peserta yang mendaftar untuk combo ini, hanya satu jersi dan medal penyertaan akan diberikan.
Contohnya penyertaan:
Futsal dan merentas desa
Dart dan merentas desa.
FAQ 9: Saya sedang bercuti belajar, adakah saya layak untuk menyertai program sukan ini?
Ya boleh. Pegawai yang sedang cuti belajar (with or without HLP) diberi kebebasan utk memilih kontinjen yg bersesuaian seperti berikut:
PTJ asal tempat bekerja atau
Kontinjen Negeri IPT, contoh: belajar di UiTM kampus Puncak Alam menyertai kontinjen Selangor atau belajar di UKM kampus KL menyertai kontinjen KL ,atau
Kontinjen MINDEF-MOHE
FAQ 10: Bolehkah penukaran pemain dilakukan?
Penukaran pemain hanya dibenarkan dalam kes kecemasan atau kemalangan sahaja, dan ia tertakluk kepada pertimbangan JK Pendaftaran. Tarikh akhir penukaran pemain ialah 2 Oktober 2025 (Khamis). Selepas tarikh tersebut, tiada sebarang penukaran dibenarkan.
(Pemain gantian mestilah individu yang tidak berdaftar dengan mana-mana pasukan dalam acara yang sama)
FAQ 11: Apakah prosedur untuk menukar pemain?
Penyelaras kontinjen perlu mengemukakan maklumat (sama seperti pendaftaran pemain asal) pemain gantian kepada En Halmy/ Cik Mir Elaiza untuk tindakan selanjutnya. Sila sertakan dokumen rasmi / bukti yang relevan.
Pemain gantian wajib mengemukakan borang pengesahan tempat kerja dan mengisi Borang Deklarasi Kesihatan.
FAQ 12: Bolehkah saiz jersi pemain yang diganti ditukar?
Tidak. Saiz jersi tidak boleh ditukar. Jersi yang akan diberikan kepada pemain gantian akan mengikut saiz jersi pemain asal yang diganti.
FAQ 1: Di manakah lokasi pertandingan untuk sukan saya?
Sila rujuk tab "Lokasi".
FAQ 2: Apakah tempat penginapan yang berdekatan dengan lokasi pertandingan sukan saya?
Senarai penginapan berdekatan dengan lokasi Pharmsports 3.0
FAQ 3: Adakah pihak penganjur akan menyediakan kenderaan untuk kegunaan kontinjen semasa kejohanan berlangsung?
Kenderaan adalah di bawah tanggungjawab pengurusan kontinjen masing-masing. Pihak penganjur ada menyediakan senarai syarikat yang boleh dihubungi untuk perkhidmatan sewaan kenderaan. Sila rujuk pautan Senarai Kenderaan. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FAQ 4: Siapakah yang boleh saya hubungi berkaitan dengan kecemasan perubatan?
Sila hubungi pasukan perubatan di talian berikut:
FAQ 5: Siapakah yang boleh saya hubungi berkaitan masalah dengan jadual perlawanan?
Sila hubungi penyelaras sukan masing-masing.
FAQ 6: Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat terkini kejohanan?
Sila rujuk laman sesawang ini untuk maklumat terkini atau pemakluman dari JK Pharmsports 3.0 melalui Ketua Kontinjen masing-masing.
FAQ 7: Apakah yang peserta akan dapat selepas mendaftar diri untuk kejohanan?
Peserta akan mendapat sijil penyertaan, jersi kejohanan dan medal penyertaan.
FAQ 8: Di manakah saya boleh mendapatkan tentatif/ aturcara terkini kejohanan?
Sila rujuk pautan berikut
FAQ 9: Ada sebarang ‘dress code’ untuk kontinjen semasa majlis penutup?
TBC
FAQ 10: Ada sebarang ‘dress code’ untuk kontinjen semasa kejohanan berlangsung?
Sila rujuk peraturan khas sukan masing-masing.
FAQ 11: Ada sebarang ‘dress code’ semasa acara merentas desa berlangsung?
Para peserta digalakkan memakai jersi kejohanan sepanjang acara merentas desa.
FAQ 12: Ada sebarang ‘dress code’ untuk kontinjen semasa majlis penutup?
Tiada ‘dress code’ khas untuk kontinjen. Sila pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan majlis.
FAQ 13: Di mana kami boleh mendapatkan kit kejohanan untuk peserta yang berdaftar?
Tarikh, masa dan tempat edaran kit kejohanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FAQ 14: Bilakah taklimat kejohanan akan dijalankan?
Tarikh, masa dan tempat taklimat kejohanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Makluman Penting untuk Semua Kontinjen
FAQ 1: Pengenalan Kontinjen & Sorakan
Setiap kontinjen diberikan masa satu (1) minit untuk sesi pengenalan dan sorakan. Gunakan peluang ini untuk menonjolkan semangat kesukanan dan identiti pasukan anda dengan kreatif dan bersemangat!
FAQ 2: Susun Atur Kontinjen
Mohon semua kontinjen untuk mengikut susun atur tempat yang telah ditetapkan. Ini penting bagi memastikan kelancaran perjalanan program dan keselesaan semua pihak.
FAQ 3: Pengambilan Hadiah
Semua wakil kontinjen diminta untuk bersiap sedia lebih awal bagi sesi pengambilan hadiah. Sila pastikan tiada kelewatan supaya majlis dapat berlangsung dengan lancar dan teratur.
FAQ 4: Larangan Membawa Makanan/Minuman
Tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman ke dalam dewan. Walau bagaimanapun, air putih dibenarkan demi menjaga keselesaan dan kebersihan kawasan majlis.
FAQ 1: Adakah dibenarkan untuk seseorang pemain menyertai kedua-dua kategori veteran dan kategori biasa bagi acara boling/badminton?
Tidak dibenarkan bermain untuk 2 kategori disebabkan acara-acara tersebut akan berlangsung serentak.
FAQ 2 : Adakah konsep pemain import dibenarkan?
Contoh situasi: Pegawai Farmasi Labuan yang sudah meletak jawatan dan sedang berkhidmat di sektor swasta di Semenanjung, tetapi mereka berminat untuk menyertai kontnijen Labuan.
Tidak dibenarkan kerana diambil kira sebagai pemain import.
FAQ 3: Untuk acara futsal, pemain veteran perlu sentiasa ada di atas padang. Sekiranya cedera, perlu ada seorang pemain veteran sebagai ganti ataupun pemain biasa?
Menurut Perkara 5.3 Peraturan Khas Pharmsports 3.0 – Futsal, sekurang-kurangnya seorang pemain veteran mestilah sentiasa berada di dalam gelanggang sewaktu perlawanan sedang berjalan. Sekiranya berlaku kecederaan terhadap pemain veteran tersebut, seorang lagi pemain veteran perlu menggantikan keosongan itu. Jika ketiadaan pemain veteran ketika perlawanan berlangsung, pasukan tersebut akan meneruskan perlawanan dengan 4 orang pemain sahaja.
FAQ 4: Adakah dibenarkan seorang peserta menyertai 2 kategori untuk boling iaitu veteran dan trio?
Tidak dibenarkan.
FAQ 5: Adakah format pertandingan boling trio secara one off untuk 3 game ataupun akan ada master?
Format secara one off sahaja. Tiada acara master.
FAQ 6: Untuk acara olahraga (dan juga acara lain) jika peserta yang telah mendaftar tidak dapat hadir pada event tersebut, bolehkan digantikan oleh peserta lain (yang memenuhi syarat acara sukan tersebut)?
Ya boleh diganti dalam tempoh sebulan sebelum karnival bermula.Sila rujuk kepada perkara 2.11 Peraturan Am Karniival.
FAQ 7: Mohon pertimbangan agar had umur bagi kategori Veteran Futsal dapat direndahkan kepada 35tahun.
Had umur minima bagi pemain veteran bagi Pharmsports 3.0 adalah 40 tahun pada tahun 2025 seperti mana termaktub di perkara 2.6. Peraturan Am Karnival Pharmsports 3.0.
FAQ 8: berapa pair utk game badminton ni? 1 pair utk setiap kategori ke? Sbb kalo ikut max player allowed, pairing tu akan jadi lebih dari bilangan max peserta
1 pair untuk setiap kategori. Bagi acara berpasukan, 3 kategori akan dipertandingkan (3 pair) dan simpanan 4 orang (2L, 2P). Namun, kontinjen boleh menghantar minimum 3 pemain (3 pair). Bagi acara beregu terbuka, kategori VIP/ Veteran, 1 pair lelaki dan 1 pair wanita.
FAQ 9: Bolehkah Pegawai Farmasi yang bersara pada Mac 2025 untuk menyertai Pharmsports 3.0?
Boleh mengambil bahagian dengan syarat peserta merupakan ahli farmasi berdaftar.
FAQ 10: Bolehkah seorang peserta sukan olahraga menyertai lebih dari satu acara pada hari tersebut. Contohnya 100m dan 4 x 100m?
Ya, dibenarkan berdasarkan:
(i) Perkara 2.2 Peraturan Khas Sukan Pharmsports 3.0 Olahraga (Padang & Balapan), dan
(ii) Perkara 2.8 Peraturan Am Karnival Pharmsports 3.0
FAQ 11: Bolehkah peserta acara olahraga menyertai acara merentas desa (5km/7km) pada hari berikutnya.
Ya, dibenarkan berdasarkan:
(i) Perkara 2.2 Peraturan Khas Sukan Pharmsports 3.0 Olahraga (Padang & Balapan), dan
(ii) Perkara 2.8 Peraturan Am Karnival Pharmsports 3.0
FAQ 12: Berkenaan pertandingan berpasukan seperti futsal, bola jaring dan etc adakah warna jersi adalah bebas atau telah ditetapkan mengikut pasukan negeri masing-masing?
Bebas, iaitu:
Kontinjen boleh menetapkan corak/warna jersi yang seragam bagi semua peserta kontinjen, atau
Kontinjen boleh menetapkan corak/warna jersi yang berbeza mengikut jenis sukan yang dipertandingkan sahaja
FAQ 13: Berkenaan acara badminton berpasukan, pasangan beregu yang dihantar adalah tetap atau boleh bertukar tukar untuk setiap perlawanan berbeza?
Pemain boleh bertukar kategori pada setiap perlawanan.
Contoh bagi seorang pemain Team A:
Perlawanan Pertama - Team A vs Team B, beliau bermain dalam kategori beregu lelaki
Perlawanan Kedua - Team A vs Team C, beliau bermain dalam kategori beregu campuran
FAQ 14: Bolehkah Penolong Pegawai farmasi yang bersara pada Mac 2025 menyertai Pharmsports 3.0?
Boleh.
FAQ 15: Berkenaan badminton, kalau hanya 1 pair utk setiap kategori dibenarkan, lebihan pemain/pemain simpanan boleh dibawa masuk untuk mana-mana perlawanan? A
Pemain simpanan hanya dibenarkan untuk acara berpasukan sahaja.
FAQ 16: Berkenaan status ahli farmasi yang sambung belajar Master/PhD, jika pegawai A bertugas di HKL, sedang buat Master/PhD di Fakulti UKM, adakah dia layak mewakili kontinjen KL atau MINDEF-MOHE?
Layak untuk mewakili salah satu daripada kedua-dua kontinjen tersebut
FAQ 17: Jika pemain menyertai acara 100m dan 4 x 100m, berapakah yuran yang akan dikenakan kepada pemain tersebut?
Seterusnya jika pemain sama juga menyertai 200m dan 4 x 200m, bagaimana bayaran yurannya? (keseluruhan 4 acara)
Untuk penyertaan dalam semua acara olahraga sahaja, bayaran yang dikenakan adalah RM100 (1 sukan) .
FAQ 18: Berapakah bilangan pemain badminton yang boleh didaftarkan jika termasuk semua acara dan kategori bagi sesuatu kontinjen? Dalam borang pendaftaran, 10 pemain sahaja, tapi menurut peraturan khusus badminton, untuk acara berpasukan boleh hantar 6 pemain tambah 4 simpanan. jika tambah 4 lagi pemain acara veteran, sudah 14 orang.
Keseluruhan 14 pemain.
Acara Berpasukan
Min = 3 pasangan
Max = 10 pemain (termasuk simpanan 4 orang)
Acara Individu
1 pasangan Veteran/VIP Perempuan
1 pasangan Veteran/VIP Lelaki
FAQ 19: Adakah hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang?
Tiada hadiah wang tunai disediakan.
FAQ 20: Ping Pong. Mohon pertimbangan penganjur untuk membenarkan pemain lelaki bermain 2 acara seperti mana pemain wanita. Sebab kami tidak cukup pemain lelaki. Jika tidak, tak dapat lah kami sertai memandangkan ping pong dipertandingkan sbg berpasukan.
Perkara 2.4 Peraturan Khas Sukan Pharmsports 3.0 yang telah dikemaskini (Versi 2.0) membenarkan seorang pemain lelaki bermain dalam 2 acara seperti mana pemain wanita
FAQ 21: Adakah seorang pemain veteran beraksi dalam 2 kategori badminton (Beregu Campuran Berpasukan & Beregu Lelaki Veteran)
Tidak dibenarkan. Beregu Campuran adalah acara berpasukan manakala Beregu Lelaki Veteran adalah acara berasingan. Kedua-dua acara dilangsungkan serentak.
FAQ 22: Dicadangkan agar pertandingan E-Sukan akan datang dilaksanakan secara format liga bagi memberi peluang lebih adil kepada semua pasukan, terutama yang datang dari jauh.
Format sebelum ini (kumpulan kecil, kalah terus tersingkir) kurang menguji keupayaan sebenar pasukan dan mengehadkan penyertaan. Format liga membolehkan setiap pasukan bermain lebih daripada satu perlawanan dan menilai prestasi secara lebih menyeluruh.
Kedua-dua acara e-sports akan dilangsungkan mengikut format liga terlebih dahulu sebelum pusingan kalah singkir dijalankan.
FAQ 23: Adakah kuota 1 PPF perempuan dan 1 PPF lelaki bagi sukan ping pong diaplikasikan untuk pemain simpanan juga atau hanya kepada senarai pemain yang akan bertanding pada masa tersebut?
Kuota 1 PPF lelaki & perempuan terpakai semasa pendaftaran pasukan melalui ketua kontinjen.Tiada halangan untuk tidak menggunakan PPF semasa pertandingan.
FAQ 24: Untuk satu acara olahraga 100m dan 200m, dua peserta pegawai farmasi dibenarkan? Atau mesti ada peserta daripada PPF?
Untuk acara 4x100 Dan 4x200m, empat peserta pegawai farmasi dibenarkan? Atau mesti ada peserta daripada PPF? Kalau 2 PF dan 2 PPF dibenarkan?
Merujuk kepada Lampiran 1, Peraturan Am Karnival Pharmsports 3.0:
(i) Sekiranya kontinjen menghantar maksima 2 peserta untuk acara 100m, maksima 1 PPF boleh disenaraikan. Ini bermakna, 2 peserta tersebut boleh terdiri daripada
a. 2 PF, atau
b. 1 PF dan 1 PPF
Perkara yang sama turut terpakai untuk acara 200m
(ii) Untuk acara 4 x 100m, maksima 1 PPF boleh disenaraikan. Ini bermakna, pasukan tersebut boleh terdiri daripada
a. 4 PF, atau
b. 3 PF dan 1 PPF
Perkara yang sama turut terpakai untuk acara 4 x 200m
FAQ 25: Mohon penganjur pertimbangkan untuk tidak membenarkan penyertaan dari kalangan pemain profesional (contohnya peringkat SUKMA, atau SEA Games) untuk menjaga mutu pertandingan dan tiada jurang yang terlalu besar dari segi mutu perlawanan
Merujuk kepada Perkara 2.2 Peraturan Am Karnival Pharmsports, kejohanan ini terbuka kepada semua PF dan PPF dan tiada halangan untuk menyertai kejohanan ini meskipun peserta pernah mewakili peringkat tertinggi seperti SUKMA, SEA dan lain-lain.
FAQ 26: Untuk kategori beregu (VIP / Veteran) tidak dijelaskan mengenai pemain simpanan. Sila beri penjelasan jika ada pemain yang cedera pada masa pertandingan boleh diganti dari 4 pemain simpanan pasukan atau tidak
Tiada pemain simpanan untuk kategori veteran badminton. Hanya peserta yang berdaftar untuk kategori ini sahaja yang dibenarkan beraksi.
FAQ 27: Memandangkan acara futsal habis pada hari kedua kejohanan (Sabtu), adakah dibenarkan sekiranya pemain futsal disenaraikan sebagai pemain simpanan bagi acara lain seperti Ping Pong? Hal ini kerana sekiranya pemain futsal tidak melepasi grouping (kalah awal), mereka boleh lagi menyertai acara lain sebagai pemain simpanan (back up sekiranya kecederaan atau kecemasan), lagi-lagi acara lain tidak membenarkan pengulangan pemain lelaki, oleh itu mereka diperlukan untuk back up.
Kombinasi acara futsal dan ping pong tidak dibenarkan kerana kedua-dua acara sukan berlangsung serentak. Perkara 2.8 Peraturan Am Pharmsports 3.0 telah menetapkan kombinasi sukan yang boleh disertai. Ini bagi memastikan penganjuran acara sukan berjalan lancar.
FAQ 28: Mohon pertimbangan agar pengurus pasukan dilantik dalam kalangan pemain bagi tujuan menjimatkan kos logistik dan perjalanan, memandangkan membawa individu bukan pemain dari Sarawak ke Pharmsports akan meningkatkan perbelanjaan.
Penganjur bersetuju untuk meminda keperluan pengurus boleh terdiri daripada kalangan pemain.
FAQ 29: Boleh tak peserta Olahraga 100m masuk acara bola jaring juga?
Contohnya selepas selesai acara 100m, peserta menyertai acara bola jaring pula.
Kombinasi acara 100m dan bola jaring tidak dibenarkan kerana kedua-dua acara sukan berlangsung serentak. Perkara 2.8 Peraturan Am Pharmsports 3.0 telah menetapkan kombinasi sukan yang boleh disertai. Ini bagi memastikan penganjuran acara sukan berjalan lancar.
FAQ 30: Untuk peserta, adakah yuran penyertaan perlu ditambah harga jika plus size 3XL dan ke atas diperlukan?
Tidak. Yuran penyertaan untuk peserta kekal RM100.
FAQ 31: kalau keadaan memerlukan dan pemain willing, boleh ke seorang pemain combine game volleyball dan e-sport?
Tisak dibenarkan.Namun pemain dibenarkan bermain game volleyball dan merentas desa.
FAQ 32: Bolehkah peserta dart perseorangan veteran bermain juga untuk acara dart beregu?
Tidak dibenarkan kerana kedua-dua acara berlangsung serentak
Untuk maklumat terkini berkaitan sajian, sila layari laman sesawang: https://tinyurl.com/infosajian
FAQ 1: Siapa yang menguruskan makanan dan minuman peserta?
Semua urusan sajian dikendalikan oleh Jawatankuasa Sajian (JK Sajian) yang terdiri daripada 22 orang ahli. Setiap lokasi acara sukan mempunyai wakil JK Sajian yang bertugas.
FAQ 2: Bagaimana cara makanan diagihkan kepada peserta?
Katerer akan menyediakan makanan mengikut jumlah peserta setiap acara & kontinjen.
Makanan dihantar ke Pusat Agihan Sajian (UPM).
Dari situ, makanan diagih ke kaunter sajian: Stadium UPM, Uptown Sports Bangi, INSPEN, LITE Superbowl Kajang.
Hanya wakil kontinjen perlu hadir mengambil makanan di kaunter sajian yang ditetapkan.
FAQ 3: Adakah peserta perlu beratur sendiri untuk ambil makanan?
Tidak. Makanan diagihkan secara pukal kepada wakil kontinjen. Wakil kontinjen akan mengambil bagi pihak semua ahli kontinjen di lokasi masing-masing.
FAQ 4: Apa yang perlu dilakukan oleh wakil kontinjen semasa mengambil makanan?
Wakil kontinjen perlu:
Menyatakan nama penuh & nombor telefon.
Mengambil makanan mengikut kuantiti sebenar ahli kontinjen.
FAQ 5: Adakah makanan untuk pengadil dan urusetia diuruskan oleh JK Sajian?
Ya. JK Sajian turut menguruskan sajian untuk pengadil, jawatankuasa, urusetia, paramedik, penaja dan pempamer.
FAQ 6: Bila dan apa menu sajian peserta?
📌 4 Oktober 2025
Brunch (10.00 – 11.00 pagi) → Lontong Kering + Ayam Masak Merah
Late Lunch (2.30 – 3.30 petang) → Nasi Putih + Ayam Goreng Kunyit
📌 5 Oktober 2025
Breakfast (9.00 – 10.00 pagi) → Kebab (Pita Wrap)
.
FAQ 7: Bagaimana dengan makanan & minuman semasa acara Rentas Desa?
JK Sajian menyediakan Water Station di laluan larian untuk peserta Rentas Desa (air mineral disediakan). Sajian makanan akan diedarkan di garisan penamat.
FAQ 8: Adakah peserta boleh meminta makanan tambahan?
Tidak. Makanan hanya disediakan mengikut bilangan peserta berdaftar.
FAQ 9: Siapa yang boleh dihubungi jika ada masalah berkaitan makanan?
Peserta perlu rujuk terlebih dahulu kepada wakil kontinjen masing-masing.
Untuk isu serius (contoh: makanan tidak mencukupi atau lewat), wakil kontinjen boleh terus hubungi JK Sajian di kaunter sajian di lokasi acara.
FAQ 10: Adakah terdapat langkah keselamatan makanan (food hygiene)?
Ya. Bagi memastikan makanan selamat dan mengelakkan pencemaran silang makanan, semua makanan dibungkus secara individual pack.