Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan 2025
Penafian: Semua maklumat di laman sesawang ini adalah termaktub kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan 2025
Kuala Lumpur | Selangor
Farmasi Aktif; Khidmat Produktif
1. Selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merealisasi hasrat Kerajaan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelesterian persekitaran yang menyokong hidup sihat, julung kalinya Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia (PPPFM) akan menganjurkan Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan kali ke-3 Tahun 2025 (Pharmsports 3.0) bagi kalangan warga farmasi. Pharmsport 3.0 ini sudah pasti boleh diketengahkan dan menjadi salah satu usaha sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (Wellness Month) tahun 2025.
2. Justeru, Pharmsports 3.0 ini akan menjadi sebahagian daripada inisiatif ANMS bagi mewujudkan warga farmasi yang lebih sihat sejahtera dan produktif. Pharmsports 3.0 ini telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan sukan-sukan yang dipertandingkan dalam karnival ini akan menjadi satu platform untuk warga farmasi mengetengahkan bakat sedia ada sekaligus berpeluang untuk menyertai ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Pada tahun 2018, Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan kali pertama (Pharmsports 1.0) telah dianjurkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia, Komiti Negeri Kelantan (MPS – Kelantan Area Committee) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada 13 hingga 14 Oktober 2018.
4. Pada tahun 2023, Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan kali ke-2 (Pharmsports 2.0) pula telah dianjurkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia, Komiti Negeri Pahang (MPS – Pahang Area Committee) dengan kerjasama Kulliyah Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Pelajar Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IPhA). Tarikh asal yang dicadangkan pada tahun 2020 terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Pharmsports 2.0 akhirnya telah berjaya diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2023 di sekitar Indera Mahkota dan bandar Kuantan.
5. Sambutan dan galakan daripada semua ahli farmasi seluruh negara adalah amat memberangsangkan. Karnival seperti ini sangat baik dan wajar diteruskan serta dikendalikan dengan sebaiknya. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara profesional kesihatan, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat dikalangan ahli farmasi dan sekelilingnya terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan. Di samping itu, penganjuran aktiviti-aktiviti sebegini berpotensi memperkukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam usaha memajukan industri farmasi dan kesihatan di negara kita ke tahap yang lebih tinggi.
6. Objektif karnival ini adalah:
Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga farmasi seluruh Malaysia.
Mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga farmasi.
Sebagai galakan kepada warga farmasi untuk bersukan, kekal aktif dan seterusnya menjadi teladan gaya hidup sihat kepada masyarakat.
Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.
7. Sebagai tuan rumah bagi Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan kali ketiga (Pharmsports 3.0), kami percaya Pharmsports 3.0 akan memberikan impak positif bukan sahaja kepada warga farmasi, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.
13 - 14 Oktober 2018 | Kelantan
3 - 5 Mac 2023 | Pahang
Logo PHARMSPORTS 3.0 direka dengan elemen-elemen berikut:
Kotak: Melambangkan kebersamaan dan kesatuan antara warga farmasi.
Figura Orang Berlari: Simbol dinamik yang menggambarkan pergerakan, kesihatan, dan semangat sukan. Ia melambangkan warga farmasi yang aktif, produktif, dan menjadi teladan dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
Jalur Kuning, Biru, Merah, dan Kuning: Warna yang diambil daripada bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta Negeri Selangor, selaku negeri penganjur acara.
Pemilihan Warna Biru: Dalam konteks profesion farmasi, warna biru melambangkan komunikasi yang berkesan antara ahli farmasi dan pesakit/ klien, kestabilan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan, serta kebijaksanaan dalam menyampaikan maklumat perubatan dengan tepat. Warna ini juga mencerminkan ketenangan yang diperlukan dalam memastikan pesakit/ klien merasa yakin dan selamat.
Pemilihan Warna Putih: Melambangkan kejujuran dan kesucian dalam profesion farmasi, di mana ahli farmasi menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Warna ini juga mewakili permulaan baru yang menjadi inspirasi kepada warga farmasi untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Rx: Simbol internasional untuk farmasi @ preskripsi.
PHARMSPORTS 3.0 | Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan: Nama rasmi acara yang menunjukkan skala kebangsaan dan fokus kepada komuniti farmasi.
KL & SEL 2025: Menandakan Kuala Lumpur dan Selangor sebagai negeri penganjur, serta tahun acara ini berlangsung.
Logo ini mencerminkan semangat perpaduan, profesionalisme, dan kebanggaan warga farmasi, dengan elemen sukan yang memperkukuhkan mesej gaya hidup sihat dalam kalangan profesional kesihatan.
🎵 "Pharmsport 3.0 – Farmasi Aktif, Khidmat Produktif!" 🎵
(Irama penuh semangat, gaya pop sukan nasional)
Verse 1
Ayuh semua, kita bersama
Warga farmasi penuh tenaga
Sukan menyatukan semangat kita
Kekal sihat, terus berjasa
Pre-Chorus
Langkah mantap, jiwa perkasa
Bersatu capai satu matlamat
Kita teguh memberi bakti
Farmasi terus dihormati
Chorus
Pharmsport! Kita bersatu!
Sihat dan aktif, semangat padu
Farmasi unggul terus proaktif
Farmasi Aktif, Khidmat Produktif!
Pharmsport! Kita ke depan!
Kita juara, kita maju ke depan
Tenaga dan khidmat, bergerak seiring
Farmasi Malaysia, terus gemilang!
Verse 2
Ilmu dan aksi dalam harmoni
Profesional, cekap berdedikasi
Di mana pun khidmat diberi
Nilai murni tetap dikongsi
Bridge
Lari, smash atau bersorak
Semangat kita tak pernah retak
Bersukan sambil menyumbang khidmat
Farmasi hebat, terus melangkah kuat!
Ulangan Chorus
Pharmsport! Kita bersatu!
Sihat dan aktif, semangat padu
Farmasi unggul terus proaktif
Farmasi Aktif, Khidmat Produktif!
Pharmsport! Kita ke depan!
Kita juara, kita maju ke depan
Tenaga dan khidmat, bergerak seiring
Farmasi Malaysia, terus gemilang!
Outro
(ramai-ramai, dengan tepukan)
🎶 Farmasi Aktif! Khidmat Produktif!
🎶 Pharmsport 3.0 – Kita Juara!
* Penafian: Lirik dan lagu "Pharmsports 3.0: Farmasi Aktif, Khidmat Produktif" telah dibuat menggunakan kecerdasan buatan (AI) - ChatGPT dan Sunoo AI Music.