Menyatupadukan agensi penguatkuasaan undang-undang dan teknikal bagi mewujudkan jaringan kerjasama antara agensi di dalam pertubuhan dalam hal-hal berkaitan forensik digital.
Meningkatkan aktiviti pembangunan keupayaan, kompetensi, dan penyelidikan dalam kalangan pengamal forensik digital.
Berkongsi maklumat, teknologi dan sumber yang merangkumi tenaga kerja serta peralatan atau perkakasan berkaitan forensik digital.
Mengeluar dan menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan isu-isu bidang profession ini
Memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan bidang profession ini
Membuat dan menganjurkan kajian, kertas kerja, peninjauan atau penyelidikan atas aspek-aspek terbabit dengan bidang profession ini