Sejarah Penubuhan
Kumpulan Kerja Forensik Digital (KKFD) telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah platform strategik yang menghimpunkan komuniti Forensik Digital Malaysia, khususnya dalam kalangan agensi kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang. Penubuhan ini bertujuan untuk memupuk perkongsian pengetahuan, pengalaman serta kepakaran, selain menjadi medan perbincangan berkenaan isu-isu semasa berkaitan jenayah siber yang kian berkembang dan penyiasatan jenayah berasaskan teknologi.
Sejak penubuhannya, Persidangan KKFD telah dianjurkan secara tahunan dan telah menjadi medan penting untuk kolaborasi profesional. Sejajar dengan perkembangan dan potensi peranannya, Jawatankuasa KKFD sebulat suara telah bersetuju untuk mendaftarkan KKFD sebagai sebuah pertubuhan rasmi, dengan keyakinan bahawa KKFD mampu memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekosistem penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.
Pertubuhan KKFD kini telah berdaftar secara rasmi pada 12 Mac 2025 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan No. Pendaftaran PPM-026-10-12032025.