MENGENAI
Selamat Datang Ke Laman Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang
MENGENAI
Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang merupakan perpustakaan akademik yang menjadi pusat sumber ilmu dan maklumat bagi warga Kolej Komuniti Penampang mendapatkan maklumat dan memastikan maklumat yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada warga kolej.
Perpustakaan yang terletak di aras 1 ini bersebelahan dengan bilik kuliah dilengkapi dengan kemudahan ruang membaca yang selesa. Selain menyediakan bahan rujukan, perkhidmatan sirkulasi dan perkhidmatan mesin fotokopi serta pencetakan juga ada disediakan untuk kegunaan semua pelajar Kolej Komuniti Penampang. Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey namun perkhidmatan sirkulasi masih dijalankan secara manual.
Usaha sedang dipergiat untuk menambah koleksi bahan-bahan yang sedia ada, di samping bersedia untuk memajukan lagi perkhidmatan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri Sabah Cawangan Daerah Penampang.
Perpustakaan diselia oleh Pembantu Pustakawan yang bertanggungjawab untuk membantu pengguna semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN
Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat cintakan perpustakaan dan membudayakan ilmu.
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan membudayakan perkembangan teknologi semasa.
Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kretif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
VISI
Menerajui Institusi kecemerlangan perkhidmatan maklumat dan pembangunan pendidikan perpustakaan.
MISI
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan bermaklumat sebagai pusat pembelajaran dan penggerak budaya membaca.