Selamat Datang Ke Laman Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang
Seperti mana objektif perpustakaan ditubuhkan adalah sebagai pusat maklumat dan ilmu pengetahuan untuk direalisasikan dalam mencapai matlamat warga kolej komuniti yang berilmu.
Untuk mencapai matlamat tersebut, Kelab Rakan Pustaka diwujudkan kerana ahli dalam kelab ini memainkan peranan sebagai pengerak yang menghidupkan pusat sumber dari segi aktiviti yang akan dijalankan kelak. Ahli yang dilantik menjadi pemangkin dan penggerak utama Kempen Galakan Membaca dan pembudayaan ilmu yang akan digerakkan oleh Unit Perpustakaan
Sekaligus dapat membantu Unit Perpustakaan menaikkan statistik tahunan yang akan dihantar pada setiap tahun kepada Perpustakaan Negara Malaysia dan menyahut seruan Perpustakaan Negara Malaysia dengan slogan ‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’.
Jesteru itu Kelab Rakan Pustaka Kolej Komuniti Penampang wajar ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu dalam memperkasakan fungsi psuat sumber di kalangan pelajar Kolej Komuniti Penampang.
Meningkatkan literasi, latihan dan kemahiran professional di kalangan ahli mengenai kerjaya pustakawan dan kepustakawanan.
Mendidik dan melahirkan ahli yang mempunyai ciri-ciri kempimpinan unggul dan berpersonaliti terpuji.
Memberikan pendedahan dan pengalaman ahli sebagai pemangkin dan penggerak utama Kempen Galakan Membaca dan pembudayaan ilmu peringkat Kolej Komuniti Penampang.
Menggalakkan ahli meningkatkan semangat kekeluargaan dalam berpersatuan serta meningkatkan hubungan silaturrahim di antara ahli dan staf Perpustakaan serta warga Kolej Komuniti Penampang melalui aktiviti yang dianjurkan.
Mencungkil bakat kempimpinan, seni, kemahiran serta memberi latihan pengurusan kelab yang efektif dan sistematik di kalangan ahli.