Selamat Datang Ke Laman Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang
Program ini bertujuan mendorong warga Kolej Komuniti Penampang membaca di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tarikh Pelaksanaan : 21 April 2022
Penekanan aktiviti bertemakan edu-games yang mengetengahkan kepentingan akademik serta pembangunan kendiri dalam kalangan pelajar, khususnya ahli Sekretariat Rukun Negara dan ahli Kelab Rakan Pustaka Kolej Komuniti Penampang. Sekretariat Rukun Negara dan Kelab Rakan Pustaka dapat bekerjasama dalam penganjuran aktiviti secara bermuafakat dan harmoni
Tarikh Pelaksanaan : 07 Mei - 13 Jun 2022