Selamat Datang Ke Laman Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang
Program ini bertujuan mendorong warga Kolej Komuniti Penampang membaca di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tarikh Pelaksanaan : 22 April 2021
Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang mengadakan Program Library Festival sebagai agen penggerak bagi menyemarakkan lagi kempen membaca di institusi masing-masing dan membantu menyokong aspirasi mewujudkan dekad membaca 2030. Terdapat 5 slot dipertandingkan sepanjang program berlangsung secara maya atau atas talian mengikut kesesuaian situasi negara yang dilanda pandemik Covid-19.
Tarikh Pelaksanaan : 12 - 29 Julai 2021