Selamat Datang Ke Laman Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang
Kempen Jom Derma Buku ini adalah anjuran bersama dengan Unit Sijil Pengoperasian Perniagaan Kolej Komuniti Penampang di bawah subjek Keushawanan. Kempen yang julung kali diadakan ini merupakan satu inisiatif yang memfokuskan keperluan buku kepada mereka yang kurang berkemampuan. Buku-buku yang didermakan kepada Unit Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang akan diserahkan kepada Unit Sijil Pengoperasian Perniagaan Kolej Komuniti Penampang untuk dijual semula dengan harga yang lebih rendah semasa Program Jualan Amal SPP/Keusahawanan. Kempen ini juga diharap akan mengembalikan minat membaca di kalangan masyarakat khusunya kepada golongan remaja.
Tarikh Pelaksanaan : 28 Januari - 01 Mac 2019
Usaha meningkatkan pencapaian prestasi perpustakaan merupakan isu utama bagi perpustakaan yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Perpustakaan Negara Malaysia . Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi perlu dilaksanakan dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah yang disertai oleh 7 orang Pelajar Kolej Komuniti Penampang dan 2 orang pegawai pengiring. Selain Kolej Komuniti Penampang, lawatan ini juga diserati oleh Kolej Komuniti Beaufort. Pemilihan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dari segi fasiliti, sistem perpustakaan dan organisasi dalam IPT boleh diterpakan dan diimplementasikan di perpustakaan Kolej Komuniti Penampang selain itu jarak Perpustakaan UMS dengan Kolej Komuniti Penampang tidak terlalu jauh disamping menjadikan lawatan ini sebagai salah satu pendedahan kepada pelajar kolej suasana di universiti selepas menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Tarikh Pelaksanaan : 01 April 2019
Program ini bertujuan mendorong warga Kolej Komuniti Penampang membaca di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini juga diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tarikh Pelaksanaan : 23 April 2019
Program Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman. Selain itu, menerapkan nilai integriti dan jati diri pelajar yang bersih dan tinggi. Terdapat 7 slot yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Perasmian program diadakan pada 23 ogos 2019 serentak dengan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.
Tarikh Pelaksanaan : 23 Ogos - 13 September 2019
Program Explorace@KKPPG diperingkat Kolej Komuniti Penampang inibertujuan untuk melibatkan peserta kepada aktiviti yang mencabar daya pemikiran, fizikal dan menerapkan nilai kerjasama berpasukan serta tidak mudah berputus asa kepada halangan dan cabaran yang berada di hadapan mereka. Program ini juga akan memberikan peluang kepada semua peserta untuk melibatkan diri mereka dalam program yang dijalankan oleh Unit Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang. Ini sejajar dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggalakkan pelajar membudayakan ilmu dalam pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah, seterusnya, meningkatkan daya kesihatan dan kecerdasan minda sebagai seorang pelajar IPT.
Tarikh Pelaksanaan : 12 Oktober 2019