Selamat Datang Ke Laman Perpustakaan Kolej Komuniti Penampang
Program lawatan ini merupakan salah satu usaha Pusat Sumber KKPPG mendapatkan idea dan inspirasi dari Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu. Lawatan ini dilaksanakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat SUmber Kolej Komuniti Penampang sekaligus memberikan pendedahan dari segi tugas dan fungsi Ahli Rakan Pustaka yang telah dilantik di peringkat kolej. Lawatan ini disertai oleh 2 lagi Kolej Komuniti bersama-sama ahli Rakan Pustaka Kolej iaitu Kolej Komuniti Beaufort dan Kolej Komuniti Tambunan.
Tarikh Pelaksanaan : 05 Februari 2018
Program Suara Anak Merdeka – Sayangi Malaysiaku diadakan buat pertama kali di Kolej Komuniti Penampang. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan bagi membangkitkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga Kolej. Tujuan Program Suara Anak Merdeka – Sayangi Malaysiaku ini dilaksanakan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Penampang serta meningkatkan kesedaran warga kolej tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan yang bakal dianjurkan dalam peringkat kolej adalah bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam pelajar KKPPG secara menyeluruh. Selain itu, para pensyarah dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu mengharumkan nama baik kolej di peringkat yang lebih tinggi.
Tarikh Pelaksanaan : 07-14 September 2018
Program Galakan Membaca dilaksanakan adalah bertujuan menarik perhatian umum betapa pentingnya amalan membaca diamalkan sebagai tuntutan salah satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat. Program-program galakan membaca yang dilaksanakan secara meluas perlu dilihat sebagai satu usaha serius pihak berwajib dalam menyediakan modal insan terbaik dalam mengorak langkah ke arah globalisasi. Ilmu pengetahuan berasaskan amalan membaca merupakan satu landasan untuk melahirkan kelompok bangsa yang mampu berdikari dan bersesuaian dengan slogan Kempen Membaca iaitu “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”. Bagi menyemarakan dan memupuk tabiat membaca secara berterusan dan membolehkan masyarakat menjadikan membaca sebagai satu gaya hidup, Pusat Sumber KKPPG juga tidak terkecuali di dalam memenuhi aspirasi Negara ini dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan ilmu.
Tarikh Pelaksanaan : 01- 30 April 2018