Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor membuka permohonan bagi kemasukan darjah 1 Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bagi sesi persekolahan tahun hadapan di SRAB yang berhampiran pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun semasa. Permohonan Darjah 1 mempunyai kuota permohonan sebanyak 200 sahaja. Semua permohonan akan melalui ujian kelayakan yang akan ditetapkan tarikh oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (BPI JAINJ).
BPI JAINJ memberikan tawaran sebanyak 70 orang murid sahaja. Oleh yang demikian ibubapa diingatkan untuk mendaftar di sekolah kebangsaan dan sekolah agama yang berhampiran bagi mengelakkan daftar lewat sekolah jika tidak terima tawaran. Pihak BPI JAINJ tidak lagi mengeluarkan surat jawapan dan tawaran, sebaliknya akan disiarkan dilaman sesawang semakan SRAB. Segala makluman berkaitan pendaftaran juga akan di siarkan di laman sesawang https://cutt.ly/semakan-SRAB. Segala pertanyaan berkenaan permohonan Darjah 1 boleh berhubung dengan pihak sekolah. Surat panggilan temuduga juga boleh didapati di laman sesawang tersebut.
Surat tawaran dan borang terima setuju terima tawaran perlu di print melalui link surat yang dipaparkan di link semakan SRAB setelah permohonan berjaya. Dokumen tersebut perlu dihantar ke sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keluar surat tawaran. Jika tidak menghantar dokumen dan surat tawaran dalam tempoh tersebut maka dianggap tidak berminat dan menolak tawaran yang diberikan.
Dokumen yang diperlukan disertakan :
1. Sijil kelahiran atau mykid murid
2. Sijil nikah / cerai / rujuk (mana-mana yang berkaitan) ibu bapa / penjaga
3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
4. Slip gaji
5. Bil api / air / bil utiliti rumah kediaman
6. 4 keping gambar murid berukuran pasport
7. Surat pengesahan anak angkat (jika berkaitan)
8. Surat hak penjagaan anak (jika berkaitan)
Tarikh tutup permohonan atau rayuan kemasukan SRAB hendaklah sebelum 31 mei atau sebelum peperiksaan setengah tahun pada tahun semasa. (Pekeliling Bil 1 Tahun 2020 : Syarat Tambahan Kemasukan Murid Ke SRAB Iaitu Bil 3 Perenggan 12).
Permohonan dan rayuan yang diproses semua darjah kecuali darjah 6 sebagaimana termaktub dalam kertas tindakan bil fail JAINJ.BPI.301.01/103 ( 1 ) perenggan 2.
Pihak jabatan tidak lagi menghantar surat menyurat kepada pemohon sebaliknya jawapan permohonan disiarkan di laman sesawang https://cutt.ly/semakan-SRAB sebagaimana termaktub dalam kertas tindakan bil fail JAINJ.BPI.301.01/103 ( 1 ) perenggan 4..
Ibubapa boleh buat semakan permohonan atau rayuan SRAB dan dapatkan salinan surat jawapan di link semakan tersebut.
Proses permohonan kemasukan darjah 2 hingga 5 adalah seperti berikut :
Permohonan dibuat di SRAB yang dipohon.
Jika ada kekosongan penempatan pihak sekolah akan buat temujanji untuk melaksanakan ujian kelayakan.
Segala permohonan atau rayuan akan dibawa ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemilihan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Keputusan pemilihan mesyuarat akan disiarkan di laman sesawang tersebut.
Permohonan yang berjaya perlu print salinan surat berjaya dan surat setuju terima tawaran melalui link yang tertera.
Dokumen yang tersebut perlu dihantar ke sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keluar surat tawaran. Jika tidak menghantar dokumen dan surat tawaran dalam tempoh tersebut maka dianggap tidak berminat dan menolak tawaran yang diberikan.