Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor membuka pendaftaran bagi kemasukan Darjah 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi sesi persekolahan tahun hadapan di Sekolah Agama Kerajaan Johor yang berhampiran pada 1 Julai hingga 31 Oktober tahun semasa.
Dokumen yang diperlukan :
1. Sijil Kelahiran
2.Sijil nikah / cerai / rujuk (mana-mana yang berkaitan) ibu bapa / penjaga
3.Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
4.Slip gaji
5.Bil api / air / bil utiliti rumah kediaman
6. 4 keping gambar murid berukuran pasport
7.Surat pengesahan anak angkat (jika berkaitan)
8. Surat hak penjagaan anak (jika berkaitan)
Dokumen tersebut hendaklah di hantar ke sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran atau semasa sesi pengesahan yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah tarikh, hari dan masanya.
Sila klik butang pautan di bawah untuk membuat permohonan kemasukan Darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun hadapan
Tuan/puan perlu mencetak borang permohonan dengan klik butang pautan semakan borang permohonan darjah 1 SAKJ. Tuan,puan hanya mencetak muka surat 1 dan muka surat 2 sahaja serta ditulskan no kad pengenalan murid di setiap helaian borang sebagai rujukan.
Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dipohon.
Perhatian :
*Borang lewat dan surat lewat tidak perlu dicetak. Borang tersebut perlu dicetak sekiranya melewati tarikh permohonan iaitu selepas 1 November bagi tahun semasa. Harap maklum, terima kasih.