Perlu memahami dan mematuhi peraturan-peraturan penggunaan kenderaan. Sila rujuk kepada Peraturan-peraturan penggunaan Kenderaan UiTM.
Pegawai Pengiring yang dilantik mesti berada bersama pelajar di sepanjang perjalanan.
Mengadakan perbincangan dengan pemandu yang bertugas sebelum memulakan perjalanan untuk merancang perjalanan dengan mengambil kira masa perjalanan, jarak perjalanan, keadaan trafik dan sebagainya.
Bertanggungjawab memastikan kelancaran program/aktiviti yang telah dirancang berpandukan jadual penggunaan kenderaan yang telah diluluskan.
Bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan jumlah peserta adalah cukup sebelum memulakan perjalanan.
Mengesahkan penggunaan kenderaan setelah selesai di buku log dan borang yang disediakan.
Melaporkan secara bertulis kepada Penolong Pendaftar Unit Kenderaan sekiranya berlaku sebarang insiden yang kurang memuaskan sepanjang penggunaan kenderaan.