BORANG ADUAN DAN MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN PENTADBIRAN UITM KAMPUS RAUB
Bahagian Pentadbiran merupakan antara bahagian terpenting di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pentadbiran dan sumber manusia. Ia telah memulakan operasinya pada 15 November 2015 iaitu pada tarikh UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub diserahkan oleh pihak konsesi kepada pihak UiTM. Bahagian ini menjalankan operasinya mengikut fungsi-fungsi berikut:
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PENGURUSAN KENDERAAN
PENTADBIRAN AM
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA :
Menyasarkan setiap staf Bahagian Pentadbiran mencapai 42 jam latihan meliputi Kemahiran / Umum /ICT. Memastikan permohonan dan kelulusan kursus / seminar / bengkel diproses dalam tempoh dua (2) minggu.
PENGURUSAN CUTI STAF :
Memastikan serta mengemaskini rekod e-Cuti di Sistem HR2U dengan cepat dan tepat dalam tempoh tiga (3) hari.
PENGURUSAN FAIL DAN REKOD :
Memastikan dokumen dan rekod UiTM dapat dikesan dalam tempoh enam (6) minit sekiranya fail dan dokumen jabatan dinyatakan dengan tepat.
PENGURUSAN KENDERAAN :
Permohonan bagi menggunakan kenderaan akan diproses dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja. Penyediaan perkhidmatan kenderaan dalam keadaan bersih dan selesa kepada pelanggan kami.
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Memastikan 95% setiap staf mencapai 42 jam Latihan meliputi kemahiran/umum dan ICT.
PENGURUSAN KENDERAAN
Memastikan 90% permohonan penggunaan kenderaan rasmi diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
MENDIGITALKAN PROSES KERJA
Mengemaskini laman sesawang yang diwujudkan untuk kemudahan staf Kampus Raub.