PANDUAN DAN SISTEM PENGURUSAN KELAS KAFA SK MALUDAM
PENGENALAN
Apa itu UPKK?
UPKK atau Ujian Penilaian Kelas Kafa ialah peperiksaan bersijil kepada pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia.
Matlamatnya untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan seseorang pelajar dalam bidang pembacaan, hafazan al-Quran, amali solat, dan amali cara hidup Islam.
Secara ringkasnya, bidang yang dinilai adalah seperti berikut:
Al-Quran dan hafazan
Ulum syariah
Sirah
Akhlak Islamiyah
Jawi dan khat
Lughatul Quran
PCHI
Amali solat
Sijil ini juga penting disamping sijil PSRA. Apa kepentingan mengambil UPKK?
Ia memberi halatuju kepada anak-anak untuk kemasukan ke sekolah-sekolah seperti berikut:
Sekolah menengah agama
Sekolah menengah kebangsaan yang mengambil KAA (kelas aliran agama)
Asrama penuh
Sekolah tahfiz
Teknik 3S
Sebagai calon UPKK, debaran kian terasa apabila detik peperiksaan semakin menghampiri waktunya.
Teknik 3S ini berkesan untuk mengurangkan kerisauan dan ketakutan dalam memperolah kejayaan yang cemerlang.
Apa itu teknik 3S? “Sebelum, Semasa dan Selepas” peperiksaan.
Sebelum
Solat. Mengerjakan solat sunat dua rakaat seperti melakukan solat sunat Dhuha pada setiap pagi dan solat hajat pada malam hari.
Berdoa. Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT untuk meminta apa-apa hajat yang diinginkan. Jangan lupa untuk meminta ibu bapa dan guru-guru mendoakan kejayaan kita.
Maaf. Merendah diri meminta keampunan daripada ibu bapa dan guru-guru serta rakan-rakan. Apabila kita mendapat restu keampunan, mudah-mudahan Allah SWT akan memudahkan segala urusan dalam pelajaran.
Wuduk. Ambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan. Apabila berwuduk, kita akan berada dalam keadaan yang bersih dan tenang.
Surah al-Mulk. Membaca surah al-Mulk antara amalan yang patut diterapkan dalam rutin.
Semasa
Nota. Pada saat akhir, pelajar hanya perlu membaca nota ringkas dan lengkap tanpa merujuk buku teks.
Ambil perhatian. Pelajar mesti mengenal pasti soalan yang sering keluar dan beri perhatian kepada soalan itu.
Menulis. Gunakan teknik menulis apa yang diingat tanpa melihat nota bagi memantapkan daya ingatan. Ia dapat merangsang otak untuk mengingati semula apa yang dihafal.
Soal jawab. Melakukan sesi soal jawab isi-isi penting secara ringkas sama ada secara lisan atau bertulis.
Basmallah. Masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan kaki kanan sambil membaca Basmallah.
Doa Mohon Mudah Jawab Soalan
“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Dengan Sendirinya, Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.”
Selepas
Berdoa dan bertawakal. Selepas peperiksaan, tawakal dan teruskan berdoa kepada Allah SWT.
Bersangka baik. Manusia mestilah bersangka baik kepada Allah dengan apa yang dilakukan.
Teruskan membaca artikel ini kerana kami ingin berkongsi tentang dimana anda boleh mendapatkan buku-buku sebagai persediaan peperiksaan.