Kursus ini membincangkan definisi dan konsep pendidikan; bidang pengajian profesional; perkembangan keguruan; aspirasi dan kepentingan pendidikan; pembinaan negara bangsa; profesionalisme keguruan; etika keguruan; personaliti guru cemerlang; sekolah dan pemuafakatan komuniti; dan cabaran profesionalisme keguruan.
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan khususnya dalam bidang profesionalisme keguruan bagi membentuk sahsiah guru yang berkualiti.
Pada akhir kursus ini pelajar dapat :
1. Menjelaskan pengertian, konsep, aspirasi dan kepentingan pendidikan. (C2, A3, A4, LO1, LO5, TS4)
2. Menghuraikan ciri-ciri personaliti, etika dan perwatakan guru sebagai pembina negara bangsa dalam kumpulan. (C2, A1, LO3, LO5, CTPS2, TS4)
3. Membincangkan elemen profesionalisme keguruan dan pembelajaran sepanjang hayat. (C4, A2, LO3, LO6, CTPS2, LL1)
4. Menilai kepentingan pemuafakatan komuniti dalam pendidikan. (C5, LO3, LO6,
CTPS3, LL2)
5. Menganalisis cabaran-cabaran profesionalisme keguruan dengan isu-isu pendidikan terkini. (C4, LO3, LO6, CTPS3, LL2)
Pentaksiran dijalankan dalam bentuk Kerja Kursus iaitu 70% dan Peperiksaan Akhir iaitu 30%.
Kerja Kursus dilaksanakan sepanjang kursus.