UNIT PENSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN
BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
DEFINISI
Pensijilan digital berkaitan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam bidang atau kepakaran tertentu yang telah dinilai sama ada daripada komponen-komponen program yang telah mendapat akreditasi MQA atau kursus secara stand alone yang menyokong perkembangan profesional, teknikal, akademik dan peribadi pelajar.
PENAWARAN
Boleh dikendalikan secara konvesional, dalam talian dan pembelajaran teradun.
Boleh juga dijalankan secara Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh.
PENSIJILAN
Pensijilan Digital (Digital Certification).
Lencana Digital (Digital Badges).
Sijil (Paper Certifications).
Selaras dengan visi dan misi JPPKK untuk menjadi peneraju TVET negara, penawaran Micro-Credentials di politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) merupakan satu langkah untuk memastikan keternampakan pendidikan TVET dan fungsinya terus berkembang dan sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Pelaksanaan Micro-Credentials bertujuan untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat (PSH), meluaskan pencapaian pembelajaran dan membina pembangunan akademik, professional dan individu.
Pentauliahan Mikro (Micro-Credentials) merupakan satu sistem pentauliahan pensijilan digital/bukan-digital yang mengiktiraf pemerolehan atau peningkatan pengetahuan, kemahiran atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu yang spesifik pada kadar yang kecil/mikro oleh pelajar/peserta dalam tempoh tertentu melalui aktiviti PdP yang dilaksanakan melalui kaedah tertentu dengan kaedah pentaksiran yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran atau kemahiran tertentu secara objektif untuk tujuan pembangunan individu, akademik dan profesional.
GALERI GAMBAR
Bahagian Peperiksaan dan Penilaian
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 6, Galeria PjH, Jalan P4W
Persiaran Perdana, Presint 4
62200 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
No. Telefon: +603 8888 2630
Faks: +603 8888 5634
Email: bpnupp@gmail.com / bpn.jppkk@mohe.gov.my