Pentauliahan-Mikro Mandiri (Micro-Credentials Stand Alone) tidak terikat dengan sebarang kandungan kursus dalam program pengajian dan tidak dipetakan kepada hasil pembelajaran kursus. Ia berasaskan hasil / kompetensi dan berasaskan pengiktirafan industri / badan profesional / komuniti. Modul yang dibangunkan adalah secara mandiri bersama pihak industri, badan profesional dan / atau golongan sasar dalam komuniti.