PALAPES merupakan akronim kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang ditubuhkan di universiti awam (UA) bagi melahirkan pegawai sukarela yang terlatih dan berkualiti.
Pegawai Kadet PALAPES (Laut) yang telah berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai LEFTENAN MUDA PSSTLDM.
Pada 1 Jun 2004, PALAPES UPM mencatat sejarah dengan penubuhan PALAPES Tentera Laut. Ianya adalah hasil cetusan idea daripada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor selaku Commander-In-Chief TLDM.
Komandan PALAPES UPM adalah Kolonel (K) Prof. Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris yang merupakan Naib Canselor UPM.
Timbalan Komandan PALAPES UPM adalah Mejar Muhammad Fadzil Repin @ Rebin.
Ketua Jurulatih PALAPES UPM adalah Mejar Ahmad Tarmizi bin Mohamed.
Pentadbiran PALAPES Tentera Laut terdiri daripada anggota tetap TLDM, Staf PALAPES UPM dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dari unit KD SRI KLANG.
Latihan PALAPES telah dirangka dengan sistematik supaya ia tidak mengganggu waktu pengajian di universiti. Latihan-latihan yang dijalankan adalah Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan.
Latihan Tempatan dijalankan pada hari kokurikulum universiti. Latihan Berterusan lazimnya dijalankan pada cuti pertengahan semester. Latihan Kem Tahunan pula dijalankan pada cuti semester selama 15 hari.
Warganegara Malaysia
Berusia antara 18 hingga 25 tahun
Syarat minimum tinggi & berat:
Lelaki- 162cm , 47.5kg
Perempuan-157cm , 40.5kg
Tiada sebarang masalah kesihatan
Sekurang-kurangnya 3 tahun bidang pengajian di UPM
SPM : Lulus dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah
Kelas renang percuma oleh jurulatih terlatih.
Penginapan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).
Pengangkutan, makanan dan penginapan disediakan sepanjang latihan.
Pakaian dan peralatan asas ketenteraan adalah PERCUMA.
Aktiviti menarik sepanjang sesi latihan seperti menembak dan berlayar.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!
ELAUN LATIHAN
KEPERLUAN DOKUMEN
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon : 4
2. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon : 4
3. Salinan Sijil Akademik Terkini (*SPM*/ STPM / Diploma / Matrikulasi) : 4
4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah : 4
5. Gambar Pemohon berukuran Passport : 4
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa : 4
** KEPERLUAN UTAMA
MARI TONTON VIDEO INI!
INFO LANJUT
FACEBOOK : https://web.facebook.com/rotuupmnavy/
TWITTER: https://twitter.com/rotunavyupm
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/rotunavyupm/
Lt M Abdul Azim bin Majdan PSSTLDM : 019-337 3775 (https://wa.me/)
Lt M Puteri Yuhanis binti M.Pauzi PSSTLDM : 010-985 4480 (https://wa.me/)
PENDAFTARAN
MARI BERKENALAN DENGAN INTAKE ANDA SEKARANG!
SERTAI KAMI SEKARANG!
"JOIN NAVY, SEE THE WORLD"