PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PALAPES UPM)
PALAPES merupakan akronim kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang ditubuhkan di universiti awam (UA) bagi melahirkan pegawai sukarela yang terlatih dan berkualiti.
Pegawai Kadet PALAPES yang telah berjaya menamatkan latihan akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai LEFTENAN MUDA di dalam Kor Rejimen Askar Wataniah.
Latihan ketenteraan PALAPES (Darat) UPM bermula seawal penubuhan PALAPES di UA manakala pengambilan pertama PALAPES (Laut) UPM pula bermula pada tahun 2004.
Komandan PALAPES UPM adalah Kolonel (K) Prof. Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris yang merupakan Naib Canselor UPM,
Timbalan Komandan PALAPES UPM adalah Mejar Muhammad Fadzil Repin @ Rebin,
Ketua Jurulatih PALAPES UPM adalah Mejar Ahmad Tarmizi bin Mohamed.
Latihan PALAPES telah dirangka dengan sistematik supaya ia tidak mengganggu waktu pengajian di universiti. Latihan-latihan yang dijalankan adalah Latihan Tempatan, Latihan Berterusan dan Latihan Kem Tahunan.
Latihan Tempatan dijalankan pada hari kokurikulum universiti. Latihan Berterusan lazimnya dijalankan pada cuti pertengahan semester. Latihan Kem Tahunan pula dijalankan pada cuti semester selama 15 hari.
Latihan Menembak
Latihan Persenjataan
Latihan Pandu Arah
Latihan Fizikal Dan Jasmani
Kawad Kaki
Lawatan
Latihan Keyakinan Diri
Latihan Taktik :- (Peperangan Terbuka & Operasi Hutan)
Warganegara Malaysia
Mahasiswa Universiti Putra Malaysia
Minimum 3 Tahun Pengajian Di UPM
Tinggi Minimum Lelaki: 162 cm
Tinggi Minimum Perempuan: 157 cm
Berat Minimum Lelaki: 47.5 Kg
Berat Minimum Perempuan: 45 Kg
BMI 18.0 - 26.9
Sihat Tubuh Badan
Tidak Rabun Warna
Tiada rekod jenayah
Diberikan 6 jam kredit subjek bagi tujuan akademik universiti.
Penginapan selama 3 tahun di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah.
Pakaian dan Peralatan Asas Ketenteraan secara percuma.
Pengangkutan dan Sajian (sepanjang hari) disediakan sepanjang latihan dijalankan.
Berpeluang menyertai Angkatan Tetap bagi yang berminat dan boleh meneruskan perkhidmatan sebagai Pegawai Sukarela dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat.
Menerima pelbagai ELAUN seperti Elaun Latihan Tempatan, Elaun Latihan Berterusan, Elaun Latihan Kem Tahunan, Elaun Saguhati (Bounty), Elaun Senggaraan Pakaian Seragam dan Elaun Pakaian Istiadat.
Kepada yang BERMINAT, sila sediakan dokumen berikut :
Salinan Kad Pengenalan Diri
Salinan Sijil Kelahiran Diri
Salinan Penyata Akaun BSN
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi
Salinan Berhenti Sekolah
Gambar Berukuran Passport
#Tanpa cop pengesahan & 5 salinan setiap dokumen
Kunjungi Laman sosial kami :-
Instagram : rotuarmyupm
Facebook : PALAPES DARAT UPM
Sebarang pertanyaan lanjut boleh merujuk :-
Pejabat Tadbir Awam : 03-9769 7826
Ketua Cawangan Latih : Kapten Abdul Karim Bin Ismail @ Shamsuddin (019-392 0097)
Pegawai Latih : Kapten Manivel A/L Letchumanan (016-856 2239)
Pengarah Pengambilan : PRM Che Faris Afifi Bin Che Wahid (014-616 6261)
SENTIASA MEMIMPIN