Pada 9 Jun 2023, aktiviti Plastic Buster telah diadakan di Pantai Pari Penyengat Parit Jawa Muar yang melibatkan 42 orang ahli Pandu Puteri Siswi 1 dan 2 UTHM serta 3 orang pengiring iaitu Cik Nur’Afifah binti Yousri, Dr Zanariah Ahmad serta Dr Fadillah Ismail. Program ini bertujuan untuk Untuk mengatasi cabaran mengurangkan jumlah plastik yang dibuang setiap tahun ke dalam ekosistem kita, kita perlu mula bekerja daripada “sumbernya”. Hal ini bermaksud bahawa kita hendaklah mendidik setiap orang secara proaktif untuk memastikan plastik ditolak, dikurangkan, Digunakan Semula, Diproses Semula, dan Dikitar Semula! Pastinya kesedaran ini dapat disebarkan di pelbagai platform media agar tersebar seluas-luasnya.
Pada 10 Jun 2023, seramai 137 orang Ahli Pandu Puteri Renjer dan Remaja dari 5 buah daerah iaitu Muar, Tangkak, Segamat, Johor Bahru dan Kluang beserta mahasiswi UTHM Pandu Puteri I Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalankan program SEP Say No to Plastic. Untuk pengetahuan semua, para pelajar telah dibahagikan kepada 19 kumpulan dan ini dapat membuat ahli-ahli pandu puteri untuk berkenalan dengan ahli-ahli pandu puteri dari pelbagai daerah.Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan pada hari tersebut antaranya program Think Globally yang menerangkan impak dan kesan penggunaan plastik sekali guna kepada ekosistem dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk setiap plastik ini pupus. Di akhir aktiviti Think Globally ini, pelajar pelajar disediakan dengan kuiz. Seterusnya aktiviti Creative Fashion yang mewajibkan ahli-ahli pandu puteri untuk mereka 1 pakaian yang diperbuat dari bahan kitar semula iaitu plastik, kotak, botol dan banyak lagi. Akhir sekali, aktiviti yang dilakukan ialah Art Berat yang memberi arahan untuk para pelajar membina satu barang seperti bekas alat tulis, tong sampah, rak buku dan sebagainya. Para ahli-ahli pandu puteri memberikan kerjasama yang memuaskan serta mempunyai kreativiti yang tinggi. Program itu juga melibatkan Ketua Pesuruhjaya Cawangan Negeri Johor Hajah Sakdiah Binti Ari, Pesuruhjaya Daerah Muar Puan NorHazizah Binti Kasbi dan Pesuruhjaya Daerah Pontian Pn Rafidab Binti Yusof serta guru-guru pengiring dari 5 daerah Johor yang melibatkan sebanyak 24 buah sekolah. Cik Nur Afifah Binti Yousri iaitu penasihat program, berkata program ini diadakan adalah bertujuan untuk mendidik setiap masyarakat bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan harian dapat ditolak, dikurangkan, digunakan, diproses dan dikitar semula.