20 Disember 2018 - Terima kasih En Azman, Konsulat dari Royal Thai Consulate General Kota Bharu, Ustaz Mohd Rafie Yusof,Penolong Pengarah Pembangunan insan, Jawatankuasa Pendidikan,Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Kerajaan Negeri Kelantan, Encik Hisyamuddin, Penyelia Desa Alam Shah PZS- MAIK, dan semua pimpinan tertinggi serta penggerak IMPAK Malaysia yang hadir ke Jamuan Apresiasi Penggerak IMPAK 2018.
Semoga hubungan dan kerjasama erat ini akan terus diperkasa untuk tahun-tahun berikutnya, InshaAllah.
2 Disember 2018 - Memenuhi jemputan daripada pihak Royal Thai Consulate General ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Thailand dan Ulang Tahun Kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej serta Hari Bapa di Thailand.
Antara aturcara majlis ialah persembahan kebudayaan Thailand, pameran galeri Raja Bhimubol Adulyadej, dan jamuan makanan citarasa masyarakat Thailand.
Terima kasih En Azman, Konsulat Thailand di atas jemputan. Semoga hubungan di antara IMPAK Malaysia dan pihak Royal Thai Consulate General dapat terus diperkasa.
7 Oktober 2018 - Lawatan kunjung hormat IMPAK Malaysia ke Wisma Ko Ummah dalam kerangka membina jaringan social entrepreneurship dengan pihak badan karporat. Mendapat taklimat daripada CEOnys iaitu Encik Zahiduddin bin Mohamad tentang visi, misi dan perancangan masa depan Ko Ummah. Semoga jaringan kerjasama ini akan membuahkan hasil yang positif untuk ummah.
Sekalung syabas dan tahniah kepada Wan Nur Faezah Wan Mustafa di atas pelantikan sebagai Duta Pendidikan IMPAK Malaysia.
4 Ogos 2018 - Program Ibadah Korban & Akikah di Pattani, Thailand anjuran bersama Alumni SME@UMK, Royal Thai Consulate-General (Kota Bharu) dan Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK). Sebanyak dua ekor lembu & seekor biri-biri telah dikorbankan; sebahagian daging diagihkan kepada penduduk tempatan dan sebahagian lain telah dimasak untuk jamuan makan selepas solat jumaat. Terima kasih kepada En. Azman Taepoh, Consul Royal Thai (Kota Bharu) yang sudi menjadi tuan rumah untuk majlis ini; serta usahawan yang turut hadir iaitu En. Ali Amin (Penasihat Alumni SME@UMK/Vertex Sdn Bhd.), En. Hanafi Adnan (Pengerusi / Q8Print), En. Nik Hafiz (AJK / Sri Lily Ent.), dan Hjh. Noriah (Min House Camp). Terima kasih juga kepada 15 orang yang telah mengambil bahagian untuk program kali ini.
10 Ogos 2018 - Alhamdulillah, selesai mesyuarat bersama Tuan Nazri Abdullah, Ketua Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan Malaysia di MINDEF. InshaAllah, IMPAK Malaysia komited dalam usaha-usaha memperkasa pendidikan terutamanya kepada anak-anak tentera yang selama ini banyak berjasa dalam mempertahankan negara. Terima kasih kepada pihak kementerian atas kesudian menerima kunjungan.
10 Ogos 2018 - Kunjung hormat Pimpinan IMPAK Malaysia ke rumah Penasihat Kehormat, Profesor Emeritus Dato Dr Nik Safiah Karim. Membentang perkembangan dan aktiviti terkini IMPAK. Terima kasih di atas segala nasihat dan saranan Prof Dato untuk memperkasakan IMPAK. Semoga bertemu lagi
1 Ogos 2018 -Mesyuarat Penyelarasan Program Korban & Aqiqah di Phatani Thailand, yang akan dilaksanakan pada 24 Ogos 2018; anjuran bersama Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan( IMPAK Malaysia) dan Alumni SME@UMK, dengan sokongan Royal Thai Consulate-General.
Mesyuarat dihadiri hadir En. Nik Mohd Fahim Bin Muhaimin (Pengarah MITI Negeri Kelantan), Haji Azman Taepoh (Royal Thai Consul), En. Mohd Fazlan Bin Ghazali (Penasihat Alumni SME@UMK), En. Hanafi Adnan (Pengerusi Alumni SME@UMK), dan En. Wizam Ali (Bendahari IMPAK Malaysia). Turut hadir Pn. Maisara Ismail (Timbalan Ketua Srikandi PPBM Negeri Kelantan), En Nik Hafiz (AJK Alumni SME@UMK/Sri Lily Enterprise), Pn. Noriah dan suami (Min House Camp). Semoga program yang dirancang berjalan dengan lancar.
IBADAH KORBAN & AQIQAH DI PATHANI,THAILAND 2018
Maksud Firman Allah SWT, "Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah" (Al-Kauthar: 2)
Dalam usaha untuk memastikan golongan asnaf terutamanya golongan anak yatim dan miskin di Selatan Thailand sentiasa di santuni dan terbela, maka pihak Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK MALAYSIA) telah berkolaboratif dengan Pihak Alumni SME@UMK Kelantan dengan kerjasama Royal Thai Consulate General menganjurkan Projek Ibadah Qurban dan Aqiqah di Thailand pada hari Jumaat, 12 Zulhijjah 1439H bersamaan 24 Ogos 2018
Selain daripada melaksanakan Ibadah Qurban atau Aqiqah, misi kami juga adalah untuk menyantuni dan memberi bantuan kewangan kepada asnaf yang terdiri daripada anak yatim dan faqir miskin di sana.
Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam projek ini, tuan/puan boleh membuat bayaran untuk ibadah Qurban atau Aqiqah berpandukan senarai harga seperti berikut sebelum 31 Julai 2018:
🐂 1 Bahagian Lembu, RM 580.00
🐐 1 Ekor Kambing, RM 750.00
💰 Sila bank in /tranfer bayaran ke akaun :
Nama : Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan
🏦 BIMB (3120010006804)
🏦 CIMB (8602914123)
dan WhatsApp slip kepada:
📲 (Presiden) Cr Fakrul Ryzal www.wasap.my/+60139634559
📲 (Bendahari) En. Wizam Ali www.wasap.my/+60139866402
Semoga Hari Raya Eidul Adha nanti akan lebih bermakna dan memberi sinar kepada para anak yatim dan miskin ini, insha Allah.
Terima kasih
• FB : www.fb.com/ngoimpak
• Site : www.bit.ly/ngoimpak
• Telegram : t.me/ngoimpak
• WhatsApp : https://chat.whatsapp.com/21tpIGboy1vA9Hvst0Mo7a
13 Jun 2018 - Alhamdulillah, selesai berlangsungnya Majlis Ifthor Perdana IMPAK Malaysia petang semalam yang telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ust Mohd Rafie Yusof, Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Kelantan.
Terima kasih kepada semua yang turut hadir dan menjayakannya,tahniah kepada semua para pemenang cabutan bertuah,terima kasih kepada semua penaja hadiah cabutan bertuah dan para penaja meja/individu untuk majlis berbuka puasa IMPAK pada kali ini.
Selamat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir Ramadhan.
*KURMA: JUALAN AMAL NGO IMPAK MALAYSIA UNTUK PENDIDIKAN ASNAF *
Sebagai persiapan menyambut Ramadhan, pihak NGO IMPAK menganjurkan jualan "MEMBELI SAMBIL MENDERMA" untuk Tabung Pendidikan Asnaf yang menjadi fokus utama kami.
Kami menawarkan:
1⃣ *KURMA TANGKAI*
Berat : +-400g
Harga: RM10/kotak
RM110/ctn (12 kotak)
2⃣ *KURMA MADU*
Berat : +-400g
Harga: RM10/kotak
RM90/ctn (12 kotak)
*Pengeposan juga disediakan kepada yang memerlukan.
Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh berhubung dengan:
📲SYARIFAH (017-9645045) atau tekan link www.wasap.my/60179645045/JUALANIMPAK
📲SAKINAH (014-5213493) atau tekan link www.wasap.my/60145213493/JUALANIMPAK
📲HANAFI (0103067566) atau tekan link www.wasap.my/60103067566/JUALANIMPAK
*MULUT MERASA, PENDIDIKAN ASNAF TERJAGA*
_Unit Keusahawanan Dan Kerjaya,_
_NGO Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK)_
25 April 2018 - Program Wacana Cendekiawan Agama Nusantara (WACANA) 18 dari Dewan Ulul Albab, SM Imtiaz YT Besut. Full house. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan. Penyertaan melebihi 600 orang peserta.
18 Mac 2018 - Bengkel Design Your Future melabuhkan tirai jam 12.30 tengahari tadi. Bengkel kendalian Presiden Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK) mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 200 orang pelajar dan guru dari pelbagai sekolah seluruh Kelantan.
Peserta turut mengutip pengalaman berharga hasil perkongsian duta pendidikan IMPAK, saudara Ikram Rafaie.
Dalam perkongsiannya Ikram memberikan tips-tips untuk menghadapi temu duga serta cara-cara untuk mendapatkan dana pendidikan.
Ikram merupakan pengacara rancangan Al-Hadis terbitan TV9 dan penerima Biasiswa Isra Bank Negara Malaysia dalam jurusan syariah di Jordan.
Semoga penganjuran program ini akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai bakal mahasiswa.
Bengkel "DESIGN YOUR FUTURE 2018"
Dah dapat keputusan SPM dan STPM, tapi masih keliru dengan hala tuju pendidikan lepas ni?
Tengok pada keputusan yang diperolehi tapi tak tahu nak mohon kursus yang sesuai?
Tambah pula tidak jelas cara-cara membuat permohonan UPU?
Ada yang dapat keputusan yang begitu cemerlang namun tidak tahu cara terbaik untuk mendapatkan biasiswa pelajaran?
Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK Malaysia) sedia membantu anda melalui Bengkel "DESIGN YOUR FUTURE 2018" yang akan dikendalikan oleh Cr Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed Din, Presiden IMPAK Malaysia.
Apa yang bakal peserta terima di bengkel ini?
1. Panduan dan tips untuk mengisi permohonan UPU
2. Tips memilih kursus yang sesuai dengan keputusan peperiksaan
3. Tips untuk mendapatkan biasiswa pendidikan
Selain itu, program ini juga bakal menampilkan duta pendidikan IMPAK Malaysia iaitu Ikram Rafaie bin Mohd Zambri. Beliau merupakan Pengacara rancangan Al Hadis TV 9 dan juga penerima Biasiswa ISRA Bank Negara Malaysia untuk pengajian Sarjana Ekonomi dan Perbankan Islam, Universiti Yarmouk, Jordan
Tarikh : 18 Mac 2018 (Ahad )
Masa : 8.30 am hingga 12.00 pm
Tempat : Dewan Tok Selehor, SMKA Falahiah
Yuran : RM10 (percuma kepada untuk alumni SMKA Falahiah,SMKA Naim Lil Banat , SMKA Tok Bachok dan asnaf)
Anjuran Bersama:
IMPAK Malaysia
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Falahiah
Alumni SMKA Falahiah
Alumni SMKA Naim Lilbanat
Alumni SMKA Tok Bachok
Tempat adalah terhad. Sila daftar di https://goo.gl/KkcZE7
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
0136407287 (IZZATI - IMPAK)
0173576957 (SYED AQIB - SMKAF)
0199542287 (SYUKRAN - SMKATB)
0195544987 (WADHIHAH - SMKANL)
Ayuh hadir! Langkah anda sekarang akan menjadi penentu kepada hidup anda pada hari esok.
Sumbangan awam untuk dana aktiviti dan kebajikan ahli amat dialu-alukan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad, atas nama Ikatan Muslim Prihatin Insan Kelantan, no. akaun 3120010006804. Terima kasih
FB : www.fb.com/ngoimpak
Website : www.bit.ly/ngoimpak
WhatsApp : https://chat.whatsapp.com/A68T3OtKsGeCDnlwe5hWiE
19 Januari 2018 - Induksi kepimpinan IMPAK Malaysia melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi-pengerusi IMPAK Malaysia setiap negeri bertempat di Dewan Masjid Tunku Petaling Jaya, Selangor. InshaAllah IMPAK terus mara menuju cita