19 Oktober 2017 - Ceramah Psikologi Keibubapaan oleh Presiden IMPAK Malaysia kepada ibubapa dan anak-anak Perkampungan Asnaf Desa Alam Shah Pasir Putih, Kelantan anjuran bersama IMPAK,UiTM Kelantan dan MAIK pada
PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH DI SELATAN THAILAND
Pada : 2-3 September 2017
Tempat : Wilayah Narathiwat, Thailand
Anjuran Bersama : SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut
Rakan Media : Radio Televisyen Malaysia (RTM)
FIT MERDEKA BERSAMA IMPAK (XPDC Menawan Bukit Keluang)
31 Ogos 2017, Bukit Keluang, Terengganu - Program FIT MERDEKA BERSAMA IMPAK ; XPDC MENAWAN BUKIT KELUANG merupakan satu inisiatif IMPAK untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 dan dalam masa yang sama membolehkan para peserta untuk melaksanakan aktiviti riadah yang menyihatkan tubuh badan secara santai bersama keluarga.
Pasir Puteh, 6 Mei 2017 - Konsert Motivasi Bersama Cr. Fakrul Rizal (Presiden NGO IMPAK) & Majlis Penyerahan Buku Wakaf 1.0 kepada penghuni Desa Alam Shah (perkampungan asnaf), Pasir Puteh. Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda.
DEMO TANYO, LAWYER JAWAB
11 Mac 2017, Masjid Seberang Pasir Mas - NGO IMPAK dengan kerjasama pihak jawatankuasa Masjid At-Thoyyibah Seberang Pasir Mas, Salor telah menganjurkan program "Demo Tanya, Lawyer Jawab" berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam khususnya Kelantan. Kehadiran dianggarkan melebihi 150 orang, turut dihadiri oleh ahli-ahli NGO IMPAK dan masyarakat luar mukim Kg. Seberang Pasir Mas, Salor. Ustaz Mohd Sufian Bin Md Zakaria, Timbalan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Kelantan (PPSK) telah berkongsi berkenaan undang-undang keluarga Islam Negeri Kelantan, isu-isu semasa berkaitan serta menjawab persoalan yang dikemukakan oleh hadirin. NGO IMPAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta berharap program ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya apabila timbul isu-isu berkaitan keluarga Islam.
LAWATAN KE RUMAH ASNAF DESA ALAM SHAH
5 Mac 2017, Pasir Puteh - Lawatan NGO IMPAK ke Desa Alam Shah, Kg. Gong Jenarah, Pasir Puteh (projek penempatan asnaf fakir dan miskin yang menjalankan agroekonomi dan dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diwakili oleh Cr Fakrul Ryzal (Presiden), Hanafi Adnan (Setiausaha) dan Wizam Ali (Bendahari) telah berkunjung ke Desa Alam Shah.
Terima kasih atas pelawaan, sambutan mesra dan perkongsian yang amat bermanfaat oleh En. Muhammad Zulfadlil B. Hj. Ayub (Penyelia) dan En. Wan Muhd Isamuddin B. Wan Othman (Timbalan Penyelia). Kami telah bersepakat untuk berkolaborasi khususnya berkaitan pendidikan asnaf yang merupakan fokus NGO IMPAK. Lawatan susulan akan diadakan untuk memurnikan lagi usahasama antara NGO IMPAK dengan Desa Alam Shah Pasir Puteh, insya Allah.
JEJAK TOKOH ILMUWAN
26 Februari 2017, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur - AJK NGO IMPAK telah mengadakan kunjungan hormat menemui Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Bertemu mata, berdiskusi dan berkongsi pengalaman peribadi, pendidikan dan keterlibatan dalam NGO. Beliau merupakan antara Tokoh pendidikan negara dan diberi anugerah Tokoh Saidatina Khadijah oleh Kerajaan Negeri Kelantan. NGO IMPAK amat berbesar hati atas kesudian beliau untuk menjadi Penasihat NGO IMPAK.
Projek Gabungan NGO Belia Kelantan (PGNBK) Bantuan Kecemasan Banjir Kelantan 2.0
Tarikh : 13-14 Januari 2017
Lokasi : Tumpat
Anjuran Bersama : NGO IMPAK, I-MAN, SEGAK, KPK, SWIT, Al-Falah, staf & mahasiswa KUIS.
Projek Gabungan NGO Belia Kelantan (PGNBK) Bantuan Kecemasan Banjir Kelantan
Tarikh : 7 - 8 Januari 2017
Lokasi : Rantau Panjang & Tumpat
Anjuran Bersama : NGO IMPAK, I-MAN, SEGAK, KPK, SWIT, Ko-Ummah, staf & mahasiswa KUIS, Coca Cola (Kelantan), Kelab Land Rover Kelantan.