*SEKOLAH KE ARAH TS25*
Apa itu TS25?
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Matlamat Program Transformasi Sekolah (TS25)
1.Pemimpin Berkesan : Memantapkan kepimpinan sekolah.
2. Guru Berkualiti : Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
3.Sokongan PIBG & Komuniti : Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Gabungan 3 aspek ini iaitu
Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti serta Sokongan PIBG dan Komuniti
Akan mewujudkan persekitaran,pengajaran dan pembelajaran bermakna yang sekaligus membentuk
Kemenjadian Murid & Sekolah Berkualiti*.