“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
MISI - Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
VISI - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Memberi bimbingan berkesan bagi melahirkan murid-murid cemerlang 5M, ko-kurikulum dan melahirkan insan kamil
“KOMITED MAMPAN KEJAYAAN”
Kami warga SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 2 (F) dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
1. Menyediakan suasana yang kondusif di sekolah bagi menceriakan iklim pengajaran dan pembelajaran.
2. Menghayati dan mengamalkan budaya ilmu serta berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis di dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Merancang, melaksana dan meningkatkan kualiti pencapaian kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang di dalam aspek berkenaan.
4. Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berdisiplin dan selaras dengan falsafah pendidikan negara.
5. Mewujudkan rasa kekitaan dan sepunya dikalangan warga sekolah bagi melahirkan sikap tanggungjawab bersama.
6. Mewujudkan rasa kekitaan dan sepunya di kalangan warga sekolah bagi melahirkan sikap tanggungjawab bersama.
7. Mewujudkan hubungan baik antara warga sekolah dengan ibubapa, penjaga dan masyarakat sekitar.
URUTAN ANJAKAN TRANSFORMASI
1. GELOMBANG 1 (2013 – 2016) : Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras.
2. GELOMBANG 2 (2016 – 2020) : Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.
3. GELOMBANG 3 (2021 – 2025) : Beranjak kearah kecemerlangan dengan peningkatan operasi.
ASPIRASI BAGI SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA ASPIRASI SISTEM
1. AKSES : Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (TAHUN 5) menjelang 2020.
2. KUALITI : Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan system pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antabangsa. Aspirasi sistem pendidikan Negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima diperingkat antarabangsa.
3. EKUITI : Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid Bandar dengan luar Bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
4. PERPADUAN : Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluangkepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
5. KECEKAPAN: Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.