Kelas Tajaan ini adalah satu peluang dan ruang yang kami buka bagi golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewangannya atau terdiri dari golongan pelajar yang masih lagi menuntut di mana-mana institusi dalam dan luar negara.
Apakah Syarat-Syarat lain untuk kami layak menerima tajaan ini?
Mempunyai kelajuan internet yang baik
Boleh memberikan komitmen yang baik sepanjang kelas itu berlangsung dari segi kehadirannya
Sekiranya pihak kami menerima maklum balas dari pengajar berkenaan masalah disiplin pelajar yang berkaitan atau berkenaan kehadiran, pihak kami tidak teragak-agak untuk menarik kembali tajaan ini agar ia dapat diberikan kepada orang yang betul-betul layak dan memerlukan.
Boleh saya tahu dari manakah sumber kewangan yang pihak Ngaji Al-Quran Online International (NAQOi) ini dapat bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan ini?
Kesemua tajaan ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai yang mengikuti kami di pages Instagram @ngajialquran, kami di amanahkan oleh mereka untuk mencari golongan-golongan yang betul-betul layak dan bersemangat ingin mempelajari ilmu Al-Quran bersama kami.
Berapakah jumlah yang boleh kami menyumbang pada setiap bulan?
Terpulang kepada kemampuan anda, jika anda mampu menyumbang hanya RM1 pada setiap bulan, sedikit sebanyak ia dapat membantu lebih ramai lagi golongan yang memerlukan di luar sana untuk mempelajari Ilmu Al-Quran.
Bagaimana jika saya ingin menjadi salah seorang pelajar tajaan itu?
Boleh hubungi kami di Instagram @ngajialquran dan bertanya mengenai tajaan Ngaji Al-Quran.