Personal atau secara berkumpulan?
Bagi pembelajaran secara online, kesemuanya adalah 'one to one' maksudnya hanya pelajar dan Guru sahaja sewaktu kelas itu berlangsung agar sistem pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah dan teratur dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti sepanjang tempoh pembelajaran.
Bagaimana dengan Hari dan Waktu kelas Mengaji Online ini?
Berkenaan dengan hari dan waktu kelas, semuanya akan di pilih atau ditentukan jadualnya oleh pelajar itu sendiri tetapi perlulah tetap dan tidak boleh di ubah-ubah di masa yang akan datang jika tiada sebarang alasan yang kukuh. Contohnya:- Ali memilih Pakej 2 untuk belajar bersama kami di ngaji online, dan jadual yang Ali pilih pada setiap minggu itu adalah pada hari Rabu dan Khamis pada jam 9.30 malam. Untuk minggu yang akan datang, begitulah hari dan masa kelas itu berlangsung iaitu pada hari Rabu dan Khamis pada jam 9.30 malam sehingga cukup kelas pada setiap bulan.
Bagaimana jika Pelajar tidak dapat menghadirkan diri pada jadual yang telah ditetapkan?
Disebabkan ianya jadual yang telah ditetapkan sendiri oleh pelajar sewaktu awal pendaftaran, jadi pihak kami tidak lagi membuka ruang untuk pelajar itu menggantikan kelas yang tidak dapat hadir ke hari yang lain kerana Pengajar juga memiliki komitmen lain yang perlu di siapkan dan bayaran yang telah pelajar buat kita akan potong sebanyak mana yang telah pelajar tidak dapat hadir sepanjang bulan itu berlangsung.
Bagaimana pula Pengajar yang tidak dapat hadir ke kelas seperti yang telah di jadualkan?
Jika berlaku keadaan seperti ini, pihak kami akan memulangkan kembali bayaran yang telah pelajar buat mengikut berapa hari kelas yang pihak pengajar gagal hadir.
Sebagai contoh: Ahmad mengambil Pakej 1 ( RM240 ) 12 kali seminggu, pada bulan 12 lalu, Pengajar kepada Ahmad gagal untuk hadir ke kelas seperti yang telah jadualkan pada bulan tersebut sebanyak 5 hari atas urusan Peribadi, jadi bayaran yang akan kita kembalikan kepada ialah Ahmad sebanyak RM100 yang bersamaan satu sesi RM20.
Bagaimana jika pelajar mahukan pengajar menganti kan kelas yang pengajar gagal hadir?
Pengajar boleh mengantikan kelas yang pengajar gagal hadir sahaja, tetapi syaratnya mestilah pada bulan tersebut, tidak boleh di anjakkan kepada bulan akan datang, jika pelajar bersetuju atau ia memang datang dari permintaan pelajar itu sendiri, jika tidak, seperti di atas, kita akan kembalikan semula bayaran kelas yang gagal di hadiri oleh pengajar.
Bagaimanakah jika Pelajar Wanita datang Haid?
Kelas akan tetap berjalan seperti yang telah jadualkan.
Jika pelajar mahu bercuti Panjang?
Ia mestilah diberitahu awal sebelum bermulanya kelas pada bulan tersebut, sebagai contoh pada hujung bulan Januari pelajar bercadang untuk bercuti pada bulan feb selama 5 hari atau 5 sesi pengajian kelas pada bulan feb, pada awal bulan tersebut atau pada hujung bulan Januari, pelajar mestilah memberitahu kepada pengajarnya tentang perancangan untuk bercuti selama hari yang beliau inginkan dan sesudah itu, pelajar hanya perlu membuat bayaran sebanyak mana yang pelajar dapat hadir sahaja pada bulan februari.
Line internet perlu laju tak?
Internet yang laju adalah salah satu perkara yang sangat penting bagi sesiapa yang ingin mendaftar dan belajar mengaji secara online bersama kami kerana setiap kelas yang dilakukan menggunakan "video call" bukan "voice call".
Bila saya boleh mendaftar?
Pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja maksudnya di tengah bulan atau di akhir bulan tetapi setiap bermulanya kelas kita mestilah bermula dari awal bulan, contohnya:- jika Puan Zainab ingin membuat pendaftaran pada 15 hb 8 2020 kelasnya akan bermula pada bulan hadapan iaitu bulan 9 pada tahun tersebut.
Saya tak biasa la Ustaz yang mengajar, Ustazah ada tak?
Berkenaan dengan Guru, Pelajar juga dibenarkan memilih samada inginkan Guru dari kalangan Ustaz ataupun Ustazah jika pelajar itu masih kecil dan jika pelajar itu sudah dewasa, kita akan beri mengikut Jantina Pelajar Tersebut, jika pelajar itu lelaki kita akan beri Ustaz dan Jika pelajar itu dari Kalangan Wanita kita akan beri Ustazah.
Saya dah lama tak mengaji, boleh saya mula dari awal?
Boleh, sangat kami galakkan setiap pelajar yang kami terima, bermula kembali dari asas iaitu dari "Iqra".
Waktu bilakah pembayaran yuran yang perlu dibuat jika kami bersetuju untuk mendaftar?
Setiap pengajian online bersama kami, kita akan beri "Free Trial" sebanyak satu kali, maksudnya kelas percuma atau kata lain kelas percubaan untuk anda menilai samada sesuai atau tidak anda belajar mengaji online bersama kami.
Sekiranya selepas selesai sahaja kelas Percuma tersebut, jika anda berminat untuk menyambung lagi pengajian bersama kami, anda perlu membuat bayaran penuh untuk sebulan berdasarkan pakej yang anda pilih.
Bilakah waktu Pembayan Yuran yang perlu di buat untuk setiap bulan?
Bayaran Yuran Mestilah dibuat pada awal bulan sebelum bermulanya kelas pada setiap bulan dan jika pihak kami tidak menerima sebarang pembayaran pada awal bulan sebelum bermulanya kelas, kita akan "Hold" kan buat seketika kelas sehingga bayaran pada bulan itu dibuat.
Bagaimana jika selepas kelas Percubaan itu kami tidak ingin menyambungnya?
Jika selepas habis sahaja kelas percubaan itu, dan pelajar telah membuat keputusan untuk tidak menyambungnya, pelajar tidak perlu membuat sebarang pembayaran.