Institut Penilaian Negara (INSPEN) menjemput semua penyelidik tempatan dari institusi penyelidikan untuk mengemukakan cadangan penyelidikan dalam bidang harta tanah melalui pembiayaan dana geran di bawah National Property Research Coordinator (NAPREC).
Dana penyelidikan ini adalah di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan bertujuan menyokong projek penyelidikan yang menangani keperluan semasa industri, dasar serta isu-isu berkaitan dalam sektor harta tanah.
Terdapat lima (5) bidang penyelidikan NAPREC iaitu:
· Real Estate Development and Finance (REDF)
· Real Estate Valuation (REV)
· Real Estate Laws and Policies (RELP)
· Real Estate Industry Analysis Studies (REIAS)
· Real Estate Management and Services (REMS)
Keutamaan akan diberikan kepada cadangan penyelidikan yang selari dengan Tajuk Penyelidikan NAPREC yang telah dikenal pasti seperti di lampiran Topik Keutamaan Penyelidikan NAPREC.
Tempoh perlaksanaan projek penyelidikan adalah selama satu (1) tahun.
· Tarikh Tutup: 15 Februari 2026 (Ahad)
Pemohon dikehendaki untuk membaca, memuat turun dan mematuhi dokumen berikut sebelum mengemukakan permohonan berikut:
1. Garis Panduan Geran NAPREC
2. Borang Permohonan Geran NAPREC
3. Topik Keutamaan Penyelidikan NAPREC Mengikut Bidang Penyelidikan
Permohonan dan penghantaran kertas cadangan penyelidikan adalah secara dalam talian > Permohonan dan Penghantaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
· Pn. Fatimah binti Zulkifli | 03-8911 8709
· En. Mohd Sharil bin Razali | 03-8911 8607
· Pn. Haryani Hamzah | 03-8911 8629
Emel: naprec@yahoo.com
Berikut adalah garis panduan, borang permohonan, topik kajian dan pautan pendaftaran