STRATEGI PENJUALAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DAN PERUMAHAN AWAM (PA)
Assoc. Professor TPr. Dr. Dani Salleh (Leader)
Assoc. Professor Dr. Mazlan B. Ismail
Dr. Wan Nadzri B. Osman
Dr. Alias B. Rameli
College of Law, Government & International Studies
University of Utara Malaysia
Kedah
ABSTRACT
Inisiatif kerajaan menyediakan perumahan mampu-milik adalah untuk menyediakan keperluan tempat tinggal yang mencukupi dan selesa di kawasan bandar. Pelbagai program telah dilakukan, antaranya adalah seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) untuk disewa. Walaubagaimanapun, setelah sekian lama program ini dilaksanakan, kerajaan telah menyedari timbulnya masalah yang serius dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan unit-unit program perumahan dan ianya perlu ditangani dengan segera. Ini adalah kerana sekiranya mereka terus menyewa dikhuatiri akan menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar sewa dan caj penyelenggaran. Kutipan caj penyelenggaraan yang tidak mencukupi akan menjejaskan kerja- kerja penyelenggaraan bangunan dan akhirnya kawasan perumahan berkenaan menjadi kawasan slum. Ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos membaikpulih yang melibatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan yang besar. Justeru kerajaan telah membuat keputusan untuk menjual unit-unit PPR dan PA yang terlibat. Walau bagaimanapun setelah sekian lama program ini dilancarkan tetapi sambutan sangat kurang menggalakan. Menyedari kepentingan ini, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang menyebabkan kurang sambutan terhadap program penjualan unit-unit PPR dan PA. Seterusnya mencadangkan penyelesaian yang komprehensif kepada agensi-agensi yang berkaitan aspek pendekatan terbaik untuk mengatasi permasalahan penjualan unit-unit PPR dan PA. Hasil kajian telah mengariskan beberapa strategi perancangan dan pengurusan Pembangunan dan penjualan di samping cadangan penstrukturan semula dilakukan terhadap mekanisme pembiayaan.
Kata Kunci: Perumahan Mampu-Milik; Perumahan Bandar; Pengurusan Pembangunan Perumahan