RESEARCH INTO THE FORMULATION OF THE NATIONAL LAND POLICY OF MALAYSIA
Dato' Sr. Dr. Azimuddin Bahari
Chief Executive Officer
Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
ABSTRACT
Penglibatan Malaysia dalam setiap program dan persidangan alam sekitar di peringkat antarabangsa membuktikan bahawa kerajaan komited dalam mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Di antara penglibatan terpenting negara adalah melalui Sidang Kemuncak Bumi Rio (Deklarasi Rio) di mana Malaysia bersama 179 buah negara anggota lain telah bersetuju menerimapakai rangka tindakan pengawalan alam sekitar yang turut mencetuskan Agenda 21 sebagai suatu program yang harus dilaksanakan dalam menjayakan pembangunan lestari (sustainable development). Selain itu, Malaysia juga turut memperakui keperluan Protokol Kyoto dalam usaha mengurangkan kadar pengeluaran gas-gas rumah hijau yang boleh menyebabkan pemanasan global.
Di peringkat tempatan, usaha ini diterjemahkan melalui Rancangan Lima Tahun Negara, penggubalan undang-undang, pembentukan polisi, Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) dan lain-lain program bagi menjamin kesinambungan dan memastikan matlamat untuk membentuk keutuhan persekitaran dan kehidupan masyarakat yang berkualiti tercapai.
Di bawah RMK-9 kerajaan telah menitikberatkan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan memperuntukkan sejumlah RM1.13 bilion untuk tujuan tersebut.