PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA TANAH MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL)
Project Leader
Assoc. Prof. Madya Dr. Mohd Nazir Bin Md Zabit
(Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Project Members
Dr. Muhammad Najib Bin Mohamed Razali (UTM)
Dr. Mad lthnin Bin Md Salleh (UPSI)
Dr. Nurul Fadly Bin Habidin (UPSI)
Dr. Tirzah Zubeidah Bt Zachariah@ Omar (UNISEL)
Dr. Sabariah Bt Eni (UTHM)
Dr. Noor Fazlin Bt. Mohd Noor (Pembantu Penyelidik)
ABSTRACT
Kajian ini bertujuan membangun, menguji kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Modul Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) melalui pengintegrasian (gabung• jalin) diantara pendekatan Problem-Based Learning (PBL) mengikut Model McMaster (Barrows & Tamblyn, 1980) ke dalam program ljazah Sarjanamuda Pengurusan Harta Tanah di Universiti Awam (UA) di Malaysia. Kebanyakkan kajian mengenai PBL lebih menjurus kepada pelaksanaan dan keberkesanan, malah sehingga kini belum ada kajian pembangunan modul integrasi penggunaan PBL dalam program pengurusan harta tanah. Terdapat empat objektif kajian iaitu berkaitan asas teoritikal pembinaan modul serta nilai kesahan dan kebolehpercayaan sub-konstruk dan kandungan keseluruhan modul. Dapatan kajian menunjukkan kesahan kandungan keseluruhan berdasarkan Russell (1974) adalah tinggi dan pandangan pakar penilai diterima. Nilai pekali kesahan kandungan keseluruhan modul PdPc-PBL yang dibina adalah 82%. Dapatan kesahan kesesuaian Modul PdPc-PBL menunjukkan bahawa majoriti pakar bersetujubahawa aktiviti menyelesaikan masalah dalam senario yang terdapat dalam modul ini membolehkan pelajar memahami bagaimana untuk membuat analisis (91.13%), penilaian (93.33%), inferens atau kesimpulan (91%), masing-masing 87.51 % untuk penaakulan induktifdan 87.33 untuk penaakulan deduktif. Pelajar-pelajar juga memberi cadangan dalam proses pembangunan dan penggunaan modul ini, dan secara khususnya tentang cara-cara untuk memberi perhatian dan tumpuan dalam membentuk masalah dan juga kualiti soalan. Cadanganjuga berkaitan dengan aktiviti-aktivti kumpulan, peranan dan penglibatan pensyarah, dan bagaimana keperluan latihan PBL kepada pelajar untuk menjadi lebih cekap dalam menyelesaikan masalah. Pensyarah-pensyarah yang terlibat mencadangkan bahawa PBL sebagai pendekatan yang baik kerana dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir mereka dalam proses pembelajaran. Pensyarah juga mengulasmengenai masalah dan batasan berkaitan pelaksanaan kaedah PBL dalam kelas. Modul yang dihasilkan ini adalah terkini dan berinovasi yang boleh digunakan oleh pensyarah di UniversitiAwam dan Swasta yang menawarkan kursus Pengurusan Harta Tanah melalui PBL dalam memperkasakan PdPc kursus ini serta dapatan kajian dapat dijadikan maklumat dan penyumbang pengetahuan dalam melaksanakan penggunaan kaedah pengajaran ini.
Kata kunci: Pembangunan Modul; Kesahan dan Kebolehpercayaan; Pembelajaran Berasaskan Masalah; Pengajaran dan Pemudahcaraan; Pengurusan Harta Tanah