LOT LIDI DARI ASPEK PROSES DAN PROSEDUR DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Siti Kartina Juhari 1*, Ishak Che Abdullah2, Noraini Omar Chong3 Ihfasuziella Ibrahim4, Rohana Ramli5,
1-3 Studies for Town Planning & Landscape Architecture, College of Built Environment, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam Campus, Malaysia Malaysia
4CREAM, Malaysia
5MBSJ, Malaysia
ABSTRACT
Lot lidi adalah tanah yang dipecah kecil tanpa melalui proses kebenaran merancang dan pecah sempadan yang sah (tidak mempunyai geran individu) kerana tidak memenuhi saiz standard yang ditetapkan dalam piawaian dan garis panduan, dan dijual dalam bentuk pecahan kepada pembeli. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memproses permohonan kebenaran merancang bagi lot lidi. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti mekanisme pelaksanaan proses dan prosedur perancangan di PBT. Objektif kajian adalah 1) Mengenalpasti takrifan, isu dan masalah lot lidi 2) Mengkaji mekanisme pelaksanaan lot lidi dari aspek prosedur pembangunan di PBT 3) Mencadangkan kerangka konsep dan garis panduan pembangunan lot lidi dari aspek proses dan prosedur di PBT. Skop kajian adalah mengenalpasti definisi lot lidi berdasarkan beberapa tafsiran agensi terlibat, isu dan masalah, Mengenalpasti dan membuat semakan terhadap proses dan prosedur Kebenaran Merancang di kawasan kajian iaitu Majlis Perbandaran Sepang dan menyediakan panduan perancangan dan mekanisme pembangunan khusus lot lidi di PBT dalam pengenaan syarat-syarat Kebenaran Merancang. Kajian Literatur adalah melibatkan definisi, amalan terbaik, proses dan prosedur perancangan, pekeliling dan perundangan yang berkaitan. Metodologi kajian adalah mixed method iaitu kualitatif dan kuantitatif serta Kajian Kes. Data kualitatif adalah melalui Focus Group Discussion (FGD) dan Expert survey. Manakala kuantitatif adalah mengkaji tahap kepuasan komuniti dalam pembangunan lot lidi. Kajian kes adalah Majlis Perbandaran Sepang (MPS) kerana MPS adalah PBT yang merekodkan 81 permohonan lot lidi iaitu yang tertinggi di Negeri Selangor. Analisis penemuan dari aspek dan prosedur untuk kemukakan kebenaran merancang di PBT. Cadangan adalah menghasilkan kerangka konsep dan garis panduan untuk pengenaan Kebenaran Merancang bagi pembangunan lot lidi. Kesimpulannya, pemilik yang ingin memajukan tanah perlulah mengemukakan Kebenaran Merancang di PBT. Ditambahbaik dengan aplikasi GIS dan EIS sebagai pembuat Keputusan.
Kata kunci: Definisi Lot lidi, Proses Dan Prosedur, Kebenaran Merancang, Pihak Berkuasa Tempatan