KLASIFIKASI FASILITI PERUMAHAN BERSTRATA BAGI PEMBANGUNAN MODEL PENENTUAN DANA PENGURUSAN (DMFM)
Prof Madya Sr Dr Norngainy Mohd Tawil
Prof Madya Sr Dr Adi lrfan Che Ani
Fakulti Kejuruteraan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRACT
Masalah tunggakaan dana pengurusan atau caj perkhidmatan merupakan punca utama dalam pengurusan penyenggaraan dan fasiliti bagi skim perumahan bertingkat. Masalah ini berpunca daripada 2 aspek yang saling berkaitan iaitu dana pengurusan yang dikenakan kepada penduduk skim perumahan di dapati tidak seimbang dengan fasiliti yang disediakan keadaan ini boleh menyebabkan penduduk enggan membayar dana pengurusan secara tetap pada setiap bulan, maka pengurusan fasiliti yang baik tidak dapat dilaksanakan. Ini menyebabkan penghuni lain yang membayar dana pengurusan merasai kesannya. Akibatnya, badan pengurusan terpaksa menampung kos lebihan yang telah tidak dibayar oleh penghuni. Oleh yang demikian objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor penyumbang masalah tunggakan dana pengumsan di Lembah Klang supaya keperluan sebenar fasiliti pemilik kediaman bertingkat dapat dikenalpasti dan seterusnya membangunkan model penentuan dana pengurusan perumahan bertingkat. Untuk mencapai objektif kajian terdapat 3 kaedah penyelidikan iaitu mengenalpasti jenis-jenis fasiliti dan mengkategorikan fasiliti yang terdapat di perumahan bertingkat berdasarkan kepada harga rumah dan keluasan pelan lantai rumah dengan menjalankan kajian lapangan dan soal selidik melalui kaedah analisis pareto. Manakala kaedah penyelidikan kedua adalah analisis 'Multi-Attribute Value Technique' (MAVT) berdasarkan kepada dapatan laporan audit kewangan yang diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan iaitu MPKJ, MPAJ, MPSJ dan DBKL. Indeks Fasiliti (IF) diperoleh daripada hasil analisis MAVT, indeks ini boleh menguji jenis fasiliti yang disediakan di sesebuah jenis perumahan bertingkat samada asas, sederhana dan eksklusif. Seterusnya kaedah yang ketiga adalah melalui kaedah analisis regresi berganda (MRA) untuk membentuk model penentuan dana pengurusan. Model ini merupakan formula model matematikyang dapat menyatakan dengan jelas pecahan• pacahan bayaran-bayaran yang perlu dibayar mengikut jenis fasiliti yang telah disediakan di dalam sesebuah skim perumahan bertingkat. Dengan penghasilan model penentuan dana pengurusan ini penghuni perumahan bertingkat akan memahami dengan lebih jelas bayaran caj perkhidmatan atau dana pengurusan ini adalah untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam model ini. Disamping itu juga model ini akan membantu pihak pengurusan perumahan bertingkat untuk menentukan jumlah bayaran yang perlu dikenakan berdasarkan kepada fasiliti yang disediakan.
Kata kunci : Dana pengurusan, model penentuan dana pengurusan, fasiliti perumahan berstrata.