KAJIAN PEMBANGUNAN TANAH SIMPANAN MELAYU DI KAWASAN LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)
Dr. Azlizan Bin Talib (Ketua)
Prof. Dr. Kamarudin Bin Ngah
Sr. Dr. Mohd Nazaruddin Bin Yusof
En. Mohd. Syahril Bin Said
Dr. Mohd Fitri Bin Abdul Rahman
En. Mat Khalid Md Noh
ABSTRACT
Fokus utama kajian adalah implikasi pembangunan terhadap tanah pertanian di Negeri Kedah khususnya tanah pertanian sawah padi di bawah pentadbiran MADA yang keseluruhannya adalah berstatus Tanah Simpanan Melayu (TSM). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kedudukan dan kepentingan kawasan pertanian dan TSM, menganalisis tekanan pembangunan ke atas gunatanah pertanian serta mengkaji mekanisme kawalan pembangunan yang dipraktikkan dan penguatkuasaan ke atas guna tanah pertanian dan TSM di tiga daerah di Negeri Kedah iaitu Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan. Hasil penemuan kajian mendapati wujud elemen tekanan pembangunan di kawasan kajian terutamanya yang melibatkan tanah pertanian (padi) dan TSM terutamanya yang terletak dalam radius pembangunan pusat bandar setiap daerah kajian serta koridor pembangunan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Hal ini sukar untuk dielakkan memandangkan pembangunan akan sentiasa berlaku dan berkembang khususnya projek-projek pembangunan perumahan, komersil dan institusi yang mempunyai permintaan yang semakin meningkat. Namun, melalui kajian ini beberapa cadangan yang dikemukakan seperti penguatkuasaan perundangan, memperkasakan struktur MADA itu sendiri, memperhalusi model pembangunan lain yang bersesuaian dan sebagainya diharap mampu untuk memelihara dan mengekalkan nilai esklusif Tanah Simpanan Melayu agar dapat dioptimumkan penggunaannya.
Kata kunci : Tanah Simpanan Melayu, tanaman padi, tekanan pembangunan