APAKAH DEFINISI LOT LIDI DARI PERSPEKTIF PERANCANGAN BANDAR: TAHUKAH KOMUNITI?
Siti Kartina Juhari 1*, Ishak Che Abdullah2, Noraini Omar Chong3 Ihfasuziella Ibrahim4, Rohana Ramli5,
1-3 Studies for Town Planning & Landscape Architecture, College of Built Environment, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam Campus, Malaysia Malaysia
4CREAM, Malaysia
5MBSJ, Malaysia
ABSTRACT
Tawaran harga tanah lot yang murah membuatkan siapa sahaja rambang mata untuk memiliki lot bertanah. Lot lidi merupakan lot tanah yang mempunyai geran yang sah) namun ia dipecahkan kepada beberapa lot yang kecil untuk dijual kepada pembeli tanpa melalui proses kelulusan pecah sempadan di bawah Kanun Tanah Negara (Akta 828). Tujuan adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti mengenai definisi lot lidi dari perspektif perancangan bandar. Objektif kajian adalah 1) Mengenalpasti takrifan lot lidi 2) Menganalisis tahap kepuasan komuniti terdapat pemilikan lot lidi 3) Mencadangkan strategi dan tindakan kepada pemilikan lot lidi untuk proses mendapatkan kelulusan kebenaran merancang. Skop kajian adalah mengenalpasti definisi lot lidi dan kesedaran komuniti terhadap pemilikan dan risiko lot lidi. Kajian Literatur adalah melibatkan definisi lot lidi dari aspek pemahaman komuniti. Metodologi kajian adalah kuantitatif. Data kuantitatif adalah melihat tahap kepuasan komuniti dalam pembangunan lot lidi. Analisis penemuan dari aspek definisi yang berbeza-beza dan ketiadaan prosedur khusus untuk kemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Cadangan adalah menghasilkan kerangka konsep dan garis panduan khusus kepada komuniti yang memiliki lot lidi untuk kemuka Kebenaran Merancang di PBT. Penutup adalah komuniti perlulah mengetahui pemilikan dan risiko untuk lot lidi.
Kata kunci: Definisi Lot lidi, Proses Dan Prosedur, Kebenaran Merancang, Pihak Berkuasa Tempatan, Komuniti